Berita Utama

Empat rentung kenderaan terbabas ke bawah jambatan sebelum terbakar

Mangsa tidak diketahui identiti, jantina

SHAH ALAM, 19 Ramadan 1442H, Sabtu – Empat maut apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke bawah jejambat Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan terbakar sepenuhnya di Jalan Teratai Batu 10 Kampung Kebun Bharu, Telok Panglima Garang awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.10 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang bergegas ke lokasi kejadian.

“Selepas selesai pemadaman sebuah kereta Mercedes didapati terdapat empat mangsa yang tidak diketahui identiti dan jantina.

“Kerja-kerja mengeluarkan mangsa telah selesai dilaksanakan dan seterusnya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button