Pendapat

PRU15: BERJASA syor kerjasama politik tolak DAP tanda protes SJKC di Bandar Kinrara

Rakyat sedang berdepan pelbagai krisis kesan penularan COVID-19

KETIKA rakyat sedang kalut berdepan pelbagai krisis kesan penularan COVID-19, ahli-ahli politik berkepentingan terus menerus merancang dan melaksanakan agenda mencatur dan mengubah demografi penduduk – dengan pengalihan kawasan-kawasan tumpuan bagi membentuk penduduk majoriti – secara tidak langsung cuba mengubah struktur sosial di Bandar Kinrara 5B.

Kita sedia maklum bahawa DUN Kinrara Mempunyai peratusan mengundi 55 bukan Melayu dan majoriti adalah Cina.

Tetapi jumlah tersebut langsung tidak mewakili nisbah penduduk Bandar Kinrara yang majoriti mereka adalah Melayu.

Mengikut Pengerusi Penduduk BK5B, Tn Haji Harun, taman di mana akan dibangunkan SJKC menggantikan tapak asal sekolah kebangsaan itu 95 peratus adalah Melayu.

Maka, atas kelalaian dan usaha keras ADUN YB Kinrara mempromosikan kewujudan sekolah Cina yang ke-7 di BK5 menjadi persoalan besar, apakah tujuan sebenar promosi tersebut dibuat.

Sehubungan dengan itu, satu kesepakatan parti-parti Melayu Islam boleh menjadi asbab kepada usaha-usaha mengembalikan status SK menjadi kenyataan.

Majoriti mudah daripada bilangan penduduk Melayu Islam perlu diatur dan disusun agar membentuk majoriti pengundi di DUN Kinrara sekali gus memenangkan ADUN baru hasil muafakat bersama.

Ustaz Fahmi Bazlan Muda
Ketua Pergerakan Pemuda BERJASA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button