Dunia

Lebih 1 bilion suntikan vaksin COVID-19 diberikan di seluruh dunia

China dahului senarai dengan lebih 253 juta dos disuntik kepada penduduk

ANKARA, 20 Ramadan 1442H, Ahad – Lebih 1.11 bilion dos vaksin COVID-19 telah diberikan kepada penduduk di seluruh dunia setakat awal Mei, menurut data Dunia Kita.

Dengan 253.46 juta suntikan, China adalah antara negara yang mendahului dengan pemberian jumlah dos vaksin paling banyak sehingga kini. 

Ini diikuti oleh Amerika Syarikat (AS) dengan 240.16 juta, India (154.98 juta), United Kingdom (UK) (48.14 juta), Brazil (41.99 juta), Jerman (28.77 juta), Turki (22.87 juta), Perancis (20.97 juta), Indonesia (19.89 juta), Russia (19.52 juta), Itali (19.42 juta), Mexico (17.36 juta), Sepanyol (15.86 juta), Chile (14.62 juta), Kanada (13.13 juta), Poland (11.47 juta) dan UAE dengan 10.55 juta dos. 

Negara dengan kadar vaksinasi tertinggi adalah negara pulau Seychelles, di mana jumlah dos yang diberikan setiap 100 orang adalah 127.66.

Ia diikuti oleh Israel pada 121.24, UAE (106.64), San Marino (85.36), Chile (76.47), Malta (75.06), Maldives (73.63), Bahrain (71.94), AS (70.97), UK (70.91), Bhutan (62.26) dan Monaco 62.15 dos setiap 100 orang.

Menurut angka Kementerian Kesihatan Turki, lebih daripada 22.87 juta dos vaksin COVID-19 telah diberikan di negara itu sehingga kini.

Angka tersebut meletakkan Turki di tangga ketujuh dalam senarai negara yang paling banyak melaksanakan vaksinasi.

Pandemik COVID-19 telah meragut lebih 3.18 juta nyawa di 192 negara dan wilayah sejak Disember 2019. 

Lebih 151.51 juta kes telah dilaporkan di seluruh dunia dengan 88.4 juta daripadanya pulih. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button