Berita UtamaDunia

Taliban dakwa bunuh pengganas Daesh di selatan Afghanistan

Operasi baharu itu susulan letupan bom dilakukan Daesh di seluruh Afghanistan

KABUL, 11 Rabiulakhir 1443H, Selasa – Taliban mendakwa mereka telah membunuh beberapa anggota Daesh semasa operasi menentang tempat persembunyian kumpulan pengganas Takfiri di selatan Afghanistan.

Ketua polis wilayah Taliban, Abdul Ghafar Mohammadi semalam berkata, bahawa sekurang-kurangnya empat pengganas Takfiri terbunuh dan 10 yang lain ditangkap semasa tindakan keras merentasi pelbagai daerah wilayah Kandahar sejak 24 jam lalu.

“Setakat ini, empat pejuang Daesh telah terbunuh dan 10 ditahan… seorang daripada mereka meletupkan dirinya di dalam sebuah rumah,” katanya.

Seorang pegawai Taliban kemudiannya berkata, dua orang awam juga ‘syahid’ dalam pertempuran itu.

Operasi baharu itu susulan serangan pengganas yang didakwa oleh Daesh di seluruh Afghanistan.

Dalam insiden keganasan terbaru, media tempatan yang memetik seorang pegawai Taliban melaporkan, terdapat juga letupan di pinggir barat Kabul pada pagi Isnin.

Daesh pada Ahad mengaku bertanggungjawab ke atas letupan bom yang memusnahkan sebuah bas mini di ibu negara Kabul pada hujung minggu.  

Letupan bom itu memusnahkan kenderaan berhampiran pusat pemeriksaan Taliban di kawasan kejiranan Syiah, menyebabkan jumlah korban yang tidak diketahui.

Laporan media berkata seorang wartawan tempatan terkenal dan dua yang lain terbunuh dalam letupan itu.  

Dasht-e Barchi ialah pinggir bandar Kabul yang didominasi oleh kebanyakan komuniti Syiah Hazara. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button