Berita UtamaDunia

Hamas kecam serangan pengganas Israel di Baitulmaqdis

Rejim Tel Aviv berulang kali langgar undang-undang antarabangsa

BAITULMAQDIS, 21 Ramadan 1442H, Isnin – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas)  mengecam keras serangan pengganas Israel di Baitulmaqdis.

Dalam satu kenyataan, Hamas menyifatkan serangan terhadap jemaah Muslim di perkarangan Masjid al-Aqsa dan serangan ke atas penganut Kristian di Kota Lama Baitulmaqdis membuktikan  rejim Israel sangat rasis. 

Justeru, Hamas meminta masyarakat antarabangsa mengambil tindakan tegas terhadap pencerobohan Israel dan menghukum rejim Tel Aviv atas pelanggaran berulang terhadap undang-undang antarabangsa.

Gerakan Islam itu juga berikrar untuk terus mempertahankan penentangan bersenjata terhadap pengganas Israel selagi kesucian Palestin dilanggar secara sistematik.

Baitulmaqdis baru-baru ini menyaksikan ketegangan yang semakin meningkat ketika rakyat Palestin menghadapi tindakan pencerobohan oleh tentera dan peneroka Israel.

Ketegangan itu mencetuskan tunjuk perasaan di Tebing Barat yang dijajah dan Semenanjung Gaza yang dikepung.

Bab al-Amoud (Gerbang Damsyik) di Kota Lama al-Quds menjadi tempat keganasan oleh tentera Israel terhadap rakyat Palestin sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Wilayah lain di Kota Lama juga mengalami pertempuran dalam beberapa minggu ini.

Khamis lalu, ratusan penceroboh Israel turun ke jalanan di Kota Lama, melaungkan ‘Kematian kepada Arab’ dan ‘Orang Arab keluar’ serta menyerang penduduk Palestin. 

Mereka melakukan demonstrasi kononnya mendakwa untuk ‘mengembalikan martabat Yahudi.’ – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button