Pendapat

Mutasi COVID-19 India, mufti dan polis

PKP 3.0 amat perlu tapi mungkin sudah agak terlambat

1. MUTASI berganda virus COVID-19 B1617 yang telah melumpuhkan sistem kesihatan India dan menjangkiti lebih 17 negara dunia kini telah dikesan di Malaysia

2. Ia dikesan melalui warga India yang masuk ke Malaysia. Carian umum jadual penerbangan di KLIA jelas menunjukkan penerbangan dari Malaysia dan India masih berlaku dan sempadan negara tidak ditutup sepenuhnya

3. Tahukah anda varian merbahaya ini juga disebut super spreader (penyebar yang berkuasa tinggi) kerana ia memiliki kuasa penyebaran lebih 20 peratus dari virus asal. Ia juga boleh melumpuhkan sistem imunisasi badan 50 peratus lebih kuat

4. Ada sesetengah mutasi virus lain sebagai contoh yang ditemui di UK bahkan memiliki kuasa penyebaran 70 peratus lebih hebat berbanding virus asal

5. Sungguh, apa yang kita khuatiri selama ini telah berlaku di hadapan mata. India melakukan kesilapan kerana mengadakan pilihan raya umum dan membenarkan pesta perayaan umum diadakan secara besar-besaran

6. Kita juga telah melakukan kesilapan dengan membenarkan bazaar Ramadhan beroperasi tanpa kawalan dan memanjangkan waktu operasi bazaar Aidilfitri sehingga jam 2 pagi

7. PKP 3.0 adalah amat perlu tapi pandangan saya ia telah terlambat

8. Pandangan Mufti Wilayah Persekutuan yang menyatakan hukum haram balik ke kampung ketika perayaan Aidilfitri yang akan datang jika mampu menyebarkan wabak adalah tepat. Tapi ia dipolemikkan kerana ramai yang marah dengan kepatuhan SOP di kalangan ahli politik dan artis terkenal tanah air

9. Jangan campur adukkan isu. Tugas mufti adalah untuk mengeluarkan fatwa. Penguatkuasaan adalah tugas pihak berkuasa seperti polis

10. Polis juga ada masalah mereka tersendiri. Mereka telah kepenatan. Mereka juga berpuak-puak dan cuba dikuasai mafia dan menteri

Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim Mohamad
Ahli Jawatankuasa Pusat BERJASA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button