Artikel Khas

‘Saya tak solat sebab ibu tak belikan telekung lagi’

Boleh sumbang ke Bakul Kasih Ramadan klik http://pekikhlas.com/gombak

MENGAMBIL semangat QuranSanaSini dan kebiasaan mengadakan Klinik Al-Fatihah, kami di ISMA Gombak membuka sebuah booth kecil di hadapan dewan PPR Gombak Setia. Ianya selari dengan pemberian Bantuan Asnaf kepada 300 para penduduk di sini.

Kami mengajak beberapa orang untuk disemak bacaan Al-Fatihah mereka sementara tunggu giliran. Antaranya, ada beberapa budak kecil yang juga adik-beradik, mengambil bantuan untuk ibu bapa mereka.

Adik tersebut mula membaca Al-Fatihah. Biasa sahaja, boleh, tetapi perlukan pembetulan sebutan huruf ‘Ain dan Qaf’, kesalahan biasa umum yang perlu diperbetulkan, baik muda ataupun tua.

Setelah diperbetulkan, saja ditanyakan, alang-alang dah dibetulkan, bolehlah dipraktikkan bacaan yang dibetulkan dalam solat 5 waktu.

“Adik umur berapa?”; saya tanya, bersahaja.

“10”; jawabnya, jujur.

“Selalu dah solat? Bolehlah cuba betulkan bacaan Al-Fatihah bila solat nanti”

“Belum solat lagi, mummy tak belikan telekung untuk kitorang”

Hairan, saya tanya kakaknya, yang ada disebelah.

“Kakaknya umur berapa pulak?”

“12. Mummy tak belikan telekung lagi”

“Habis tu mummy ada telekung tak?”

“Ada, tapi mummy pakai telekung yang atuk bagi”

Saya rasa bersalah mendengar. Terus pergi ke kereta, ambil telekung mudah dibawa asalnya untuk diberikan pada isteri dalam kereta, dan berikan pada dia.

Walaupun bukanlah untuk mereka sebab saiz dewasa, tetapi harapnya ibunya dapat menggunakan telekung untuk kegunaan harian. Diharapkan menjadi pemupuk amal.

Insya-Allah, jika ada ruang kita bantu untuk carikan telekung untuk anak muda ini pula. Kita nak bantu untuk jangka masa panjang.

Bacalah Quran dimana kita berada,
Al-Fatihah permulaan jalan,
Beramallah biar dari muda,
Asalkan ikhlas bila diamalkan.

Salam Ramadan, salam beramal.

M. Isma Aiman
Ketua Biro Dakwah ISMA Gombak

Bagi sesiapa yang ingin mengejar pahala besar 10 akhir Ramadan dengan menyumbang ke Bakul Kasih Ramadan anjuran ISMA Gombak, boleh klik link ini:

pekikhlas.com/gombak

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button