Berita Utama

Pendedahan bekas KPN serlah ‘topeng’ sebenar ahli politik

Jika PDRM tak senangi kerenah ahli politik, bagaimana jabatan lain?

BANGI, 22 Ramadan 1442H, Selasa – “Jika badan penguat kuasa undang-undang terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) pun tidak menyenangi kerenah ahli politik, bagaimana pula jabatan-jabatan lain. Mungkin lebih teruk dan parah.”

Demikian kata Ketua Perhubungan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Negeri Kelantan, Ustaz Sharipudin Abdul Kadir susulan pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai campur tangan ahli politik dalam PDRM, baru-baru ini.

Sebelum ini, Abdul Hamid mengakui tidak senang dengan campur tangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyebabkan beliau mempunyai hubungan yang tidak baik dengannya.

“Ini yang patut dihindarkan (campur tangan), tidak boleh seseorang menteri campur urusan kawal selia PDRM.

“Beliau (Hamzah) hanya diberikan kuasa untuk tetapkan dasar… apakah hala tuju pasukan, adakah pasukan ini pincang ataupun pasukan ini ada masalah.

“Itu peranan dan tanggungjawab beliau (sebagai Pengerusi SPP), bukannya tentukan siapa CPO (Ketua Polis Negeri) siapa pengarah, peranan beliau sebagai Pengerusi SPP ada hadnya,” katanya.

Ustaz Sharipudin berkata, ucapan bekas Ketua Polis Negara menjelang umur persaraan menunjukkan kepada rakyat siapa ahli politik sebenarnya.

“Syabas kepada IGP yang berterus terang dan telus. Kerenah ini mungkin telah lama berlarutan dan semakin parah. Cuma tidak diceritakan oleh mereka yang terlibat.

“Mereka simpan dalam memori asalkan persaraan aman dan bahagia dengan keistimewaan faedah persaraan yang mereka perolehi,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button