Berita Utama

Gerakan mogok ke sekolah menangguk di air keruh

Diperkudakan oleh media, NGO liberal untuk menangkan agenda jahat

BANGI, 22 Ramadan 1442H, Selasa – Nationwide School Walkout Day (NWSD) Alliance sengaja menangguk di air keruh apabila meminta pelajar dan guru membantah budaya rogol dan gangguan seksual dengan tidak hadir ke sekolah selama sehari.

Setiausaha Agung BERJASA, Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim Mohamad berkata, semua orang patut menentang gangguan seksual di sekolah – tetapi bukan dengan cara ponteng.

Walhal, sekolah menjadi tempat paling selamat untuk anak-anak dididik dan berkembang menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

“Malangnya, kempen yang menggunakan slogan yang tepat ini disalah guna dan diperkudakan oleh media dan NGO liberal untuk memenangkan agenda jahat mereka.

“Salah satu pihak yang menangguk di air keruh ialah NWSD Alliance yang melancarkan kempen bagi para pelajar sekolah ponteng sebagai solidariti menentang gangguan seksual di sekolah,” katanya.

Terdahulu, NSWD Alliance meminta pelajar dan guru membantah budaya rogol dan gangguan seksual dengan tidak hadir ke sekolah selama sehari sama ada pada 6 atau 7 Mei.

Permintaan itu kononnya sebagai sebahagian daripada kempen #MakeSchoolASaferPlace.

“Sebagai bantahan melalui satu peristiwa terbaharu #MakeSchoolASaferPlace, kami menganjurkan #NationalSchoolWalkoutDay (NSWD) untuk menuntut perubahan di sekolah,” dakwanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button