Dunia

Indonesia kesan kes pertama COVID-19 varian India

Henti pengeluaran visa untuk warga asing sejak bulan lalu

JAKARTA, 22 Ramadan 1442H, Selasa – Indonesia mencatatkan kes pertama varian COVID-19 dari India, menurut Menteri Kesihatannya, Budi Gunadi Sadikin semalam. 

Kes pertama itu dikesan ketika pihak berkuasa  menggesa rakyat supaya tidak pulang ke kampung masing-masing sempena sambutan Aidilfitri, minggu depan. 

Negara itu berusaha mengekang salah satu varian terburuk di Asia, dengan menghentikan pengeluaran visa untuk warga asing yang berada di India sejak bulan lalu. 

Dua kes varian India – yang dikenali sebagai B1617 – ditemukan di Jakarta, manakala varian dari Afrika Selatan juga dikesan di Bali. 

“Kita perlu membendung kes-kes ini ketika mana hanya beberapa sahaja yang dikesan,” katanya. 

Para saintis sedang mengkaji sama ada varian B1617 menjadi punca faktor kepada gelombang jangkitan kedua yang dasyat di India.

Varian itu kini telah menjangkau sekurang-kurangnya di 17 negara termasuk Britain, Switzerland dan Iran yang mendorong kerajaan menutup sempadan mereka daripada perjalanan dari India.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button