Kuwait larang rakyat belum divaksin ke luar negara
Kes meningkat cecah antara 1,300 hingga 1,500 sehari

KUWAIT, 22 Ramadan 1442H, Selasa – Rakyat Kuwait yang belum menerima vaksin COVID-19 tidak dibenarkan ke luar negara mulai 22 Mei ini.
Bagaimanapun, kementerian maklumat memetik keputusan Kabinet berkata, larangan itu tidak termasuk individu dalam kumpulan umur yang tidak sesuai menerima vaksin.
“Arahan sebelumnya yang melarang kemasukan warga asing ke negara Teluk masih ada,” katanya dalam kenyataan.
Kes COVID-19 harian baru di Kuwait meningkat sejak awal tahun ini dan kini mencecah di antara 1,300 hingga 1,500 kes sehari.
Negara teluk yang kaya dengan hasil minyaknya itu telah mendaftarkan lebih daripada 276,500 kes secara keseluruhan.
Selain itu, Kuwait juga menangguhkan penerbangan dari India pada 10 hari yang lalu berikutan peningkatan jangkitan di sana. – Agensi