Berita Utama

Tak guna PKP 3.0 kalau ‘semua’ buka!

Buatlah PKP sampai 1,000 kali pun, kalau SOP longgar kes COVID-19 takkan turun

BANGI, 22 Ramadan 1442H, Selasa – Rakyat sudah menjangkakan prosedur operasi standard (SOP) yang dijangka diumumkan petang ini masih kekal ‘longgar’ seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0).

Kemungkinan tiada perubahan drastik terhadap SOP PKP3.0, melainkan larangan merentas daerah dan lain-lain ketetapan berkaitan aktiviti sambutan Aidillfitri.

Kebanyakan netizen yakin banyak sektor akan tetap dibenarkan beroperasi seperti biasa, seperti pusat membeli-belah, bazar Ramadan, bazar Aidilfitri serta perindustrian.

“Buatlah PKP sampai 1,000 kali pun, kalau SOP nya longgar virus tetap tidak akan turun,” tulis Sulaiman A. Rahman.

“Nak buat PKP jangan hangat-hangat tahi ayam je. Nanti lepas raya dah boleh lepas. Lepas itu meningkat lagi COVID-19. Nak buat, buat betul-betul, jangan menyusahkan rakyat,” kata Suhaimi Cep.

Sebahagian rakyat juga mendesak kerajaan untuk mempertimbangkan pelaksanaan PKP seperti Mac tahun lalu, kerana ia membuktikan mampu menurunkan kadar jangkitan harian kepada satu angka.

“PKP 1.0 dah membuktikan kes berjaya ke angka satu. PKP 2.0 banyak longgar, kes naik. PKP 3.0 tak tahulah longgar sampai ke saiz berapa XL,” kata Safinah Ismail.

“Berapa banyak PKP la, ini PKP 3.0 pula kalau betul nak buat macam dulu-dulu baru betul tutup semua,” kata Pozi Abu.

Sabtu lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa kerajaan akan menilai semula status PKP di beberapa negeri yang mengalami peningkatan mendadak kes COVID-19.

Difahamkan, pengumuman berkenaan akan dibuat pada bila-bila masa sahaja selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang berlangsung pada Isnin bagi memperincikan perkara terbabit.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button