Berita Utama

Ziarah Aidilfitri di kawasan PKP hanya pada 1 Syawal

Kehadiran tetamu tak lebih 15 orang pada satu-satu masa

PUTRAJAYA, 22 Ramadan 1442H, Selasa – Aktiviti ziarah sempena Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut 13 Mei ini, hanya dibenarkan pada hari raya pertama sahaja bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jumlah kehadiran tetamu adalah tidak melebihi 15 orang pada satu-satu masa, mengikut saiz rumah dengan penjarakan fizikal.

Bagi kawasan PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) pula, beliau berkata aktiviti ziarah dibenarkan dari 1 hingga 3 Syawal.

“Bagi kawasan PKPB, kehadiran tetamu terhad kepada 20 orang pada satu-satu masa mengikut saiz rumah dengan penjarakan fizikal manakala kawasan PKPP, ziarah dibenarkan dengan kehadiran tetamu tidak melebihi 25 orang pada satu-satu masa,” katanya pada sidang media perkembangan PKP di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata mereka yang tinggal di kawasan PKP Diperketatkan (PKPD) tidak dibenarkan menerima kunjungan tetamu luar dan hanya terhad kepada keluarga di dalam rumah sahaja. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button