Dunia

8 singa Asia di zoo India positif COVID-19

Tiada bukti haiwan dapat sebar virus kepada manusia, dakwa kerajaan

NEW DELHI, 23 Ramadan 1442H, Rabu – Lapan ekor singa Asia di zoo India disahkan dijangkiti wabak pandemik COVID-19, menurut kerajaan yang mendakwa tiada bukti haiwan dapat menyebarkan virus itu kepada manusia.

Pihak berkuasa zoo di wilayah selatan Hyderabad berkongsi sampel dengan makmal penyelidikan kerajaan pada 24 Mac setelah singa menunjukkan simptom gangguan pernafasan. 

Keputusan sampel itu dimaklumkan ketika India sedang bergelut dengan peningkatan melonjak kes jangkitan COVID-19 dalam kalangan penduduknya.

“Berdasarkan pengalaman dengan zoo haiwan di tempat lain di dunia yang mengalami positif SARS-COV2 tahun lalu, tidak ada bukti fakta bahawa haiwan dapat menyebarkan virus ini kepada manusia,” kata Kementerian Alam Sekitar, Hutan dan Perubahan Iklim. 

Difahamkan, Taman Zoologi Nehru kini ditutup, katanya dalam satu kenyataan.

India telah melaporkan lebih 300,000 kes jangktan COVID-19 setiap hari selama 13 hari berturut-turut dengan angka keseluruhan kepada 20 juta kes – jumlah kedua tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button