Berita Utama

BERJASA bincang kepentingan politik Melayu, Islam dengan Menteri Wilayah

Turut bawa agenda politik anak muda dalam kunjungan hormat semalam

BANGI, 23 Ramadan 1442H, Rabu – Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) mengadakan kunjungan hormat dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, semalam.

Kunjungan yang diadakan selama 40 minit di pejabat Menteri Wilayah di Putrajaya itu diketuai Naib Presiden BERJASA, Haji Samad Ashaari, Ketua Penerangan, Hazwan Mohamad dan Ahli Jawatankuasa Pusat, Hamdan Sharif serta Hanafi Muidnudin.

Hanafi berkata, pertemuan itu antara lain turut membincangkan pelbagai isu membabitkan politik anak muda serta kepentingan kuasa politik orang Melayu dan Islam.

Beliau berkata, BERJASA turut menawarkan solusi persepakatan untuk mengukuhkan kuasa politik orang Melayu dan Islam.

“Selain itu, kita juga ada berbincang mengenai isu pergaduhan ahli-ahli politik yang tidak berkesudahan sehingga rakyat dan negara menjadi mangsa.

“BERJASA juga ada menawarkan solusi untuk menarik undi golongan anak muda,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

BERJASA menegaskan, bahawa parti itu serius untuk mengangkat perjuangan Melayu, Islam di negara ini.

Biarpun pimpinan politik negara terus bergaduh, BERJASA akan terus bersungguh-sungguh membawa suara rakyat, katanya lagi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button