Uncategorized

Gempa berskala 5.8 gegar barat Indonesia

Tiada amaran tsunami dikeluarkan, gempa berlaku pada 8.24 pagi

JAKARTA, 23 Ramadan 1442H, Rabu – Gempa bumi berskala 5.8 menggegarkan wilayah barat Sumatera Barat di Indonesia pada Rabu, lapor Agensi Berita Xinhua, memetik Badan Meteorologi, Cuaca dan Geofizik Indonesia.

Gempa berlaku pada 8.24 pagi waktu Jakarta (0124 GMT) dengan pusat gempa terletak di 3 kilometer (km) tenggara desa Tuapejat di daerah kepulauan Mentawai dengan kedalaman 29 km.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button