Berita Utama

Isu lokar: Radzi bidas Maszlee, minta henti buat fitnah

Semua tugasan dilaksana sebaiknya sebelum tinggalkan KPM

BANGI, 10 Zulhijjah 1444H, Khamis – Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menegaskan semua tugasannya sepanjang mengetuai Kementerian Pendidikan (KPM) sudah dilaksanakan sebaiknya sebelum meninggalkan portfolio itu.

Justeru, Ahli Parlimen Putrajaya itu meminta Dr Maszlee Malik supaya menghentikan fitnah ke atasnya berkait inisiatif penyediaan lokar di sekolah yang dilaksanakan sewaktu Mohd Radzi menjadi menteri.

“Brother, hari ini hari raya korban. Korbankan perangai busuk hati tu.

“Apa yang seharusnya dilaksanakan sewaktu di KPM telah pun saya dan pengurusan KPM ikhtiar dan laksanakan sebaiknya sebelum saya tinggalkan kementerian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Maszlee yang juga bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam berhubung status inisiatif lokar di sekolah bagi menangani isu beg berat.

Maszlee yang juga bekas Menteri Pendidikan di era pentadbiran Tun Dr Mahathir itu mendakwa, pembangkang tidak akan membawa isu kepada media dan Parlimen kerana akan membuka lompang pentadbiran KPM di bawah pimpinan mereka.

Membidas dakwaan berkenaan, Mohd Radzi mengingatkan Maszlee supaya tidak berterusan membuat fitnah.

“Pelaksanaan inisiatif tersebut adalah mengikut fasa dan secara tender terbuka.

“Untuk fasa seterusnya, boleh tanya terus kepada Menteri PH-DAP-BN sekarang. Selamat Hari Raya, brother,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button