Berita Utama

Muhyiddin lancar program jaringan prihatin RM3.5 bilion

Usaha kerajaan tangani cabaran jurang digital

PUTRAJAYA, 23 Ramadan 1442H, Rabu  – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan Program Jaringan Prihatin berjumlah RM3.5 bilion dalam usaha kerajaan menangani cabaran jurang digital.

Beliau berkata, program itu dijangka memanfaatkan kira-kira 8.5 juta rakyat daripada kumpulan B40 untuk memiliki alat peranti telefon pintar atau menikmati bantuan pelan jalur lebar Internet.

Daripada keseluruhan RM3.5 bilion itu, kerajaan akan membelanjakan sejumlah RM2 bilion, manakala syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan pula akan memberi sumbangan tambahan berjumlah RM1.5 bilion, terutamanya dalam bentuk data percuma, katanya ketika berucap pada majlis pelancaran di sini.

Turut hadir Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat, terdapat keperluan untuk memastikan bahawa setiap orang mempunyai akses dengan kos yang berpatutan serta kemahiran yang diperlukan untuk memanfaatkan Internet menjelang 2030,” katanya. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button