Berita UtamaDunia

Pihak berkuasa Arab Saudi dedah gambar Hajarul Aswad

1,050 gambar batu berkenaan guna teknologi Fox Stack Panorama

RIYADH, 23 Ramadan 1442H, Rabu– Pihak berkuasa Arab Saudi buat kali pertamanya mendedahkan gambar batu Hajarul Aswad secara terperinci di Masjidil Haram, Makkah.

Presiden Am bagi Hal Ehwal Dua Masjid Suci berkata, sebanyak 1,050 keping gambar batu hitam berkenaan serta tempat suci Nabi Ibrahim A.S diambil menggunakan teknologi Fox Stack Panorama.

Teknologi itu menggabungkan imej dengan tahap kejelasan berbeza-berbeza bagi menghasilkan gambar Hajarul Aswad beresolusi tinggi 

Sebanyak 49,000 gambar megapixel diambil selama tujuh jam yang memerlukan tempoh selama berminggu-minggu bagi melakukan kerja pengeditan.

Sementara itu, Ketua Setiausaha bagi Projek dan Agensi Pengajian Kejuruteraan, Sultan Ati Al-Quraishi berkata, pihak berkuasa berminat menggunakan teknik terkini pengimejan disebabkan sejarah Hajarul Aswad yang sangat penting kepada umat Islam.

Batu yang berbentuk bujur dengan keluasan diameter 30 sentimeter (cm) itu terletak di salah satu bucu Kaabah.

Hajarul Aswad dikatakan datang daripada syurga dan warna asalnya adalah putih tetapi bertukar menjadi hitam kerana ramai orang mengerjakan haji dengan membawa bersama dosa-dosa yang dilakukan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button