Berita Utama

PKP di Kuala Lumpur, Terengganu, Johor, Perak mulai Jumaat

Kerajaan setuju laksana PKP bermula dari 7 hingga 20 Mei ini

KUALA LUMPUR, 23 Ramadan 1442H, Rabu – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta beberapa daerah dan mukim di Terengganu, Johor dan Perak diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 7 hingga 20 Mei, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkata PKP di Kuala Lumpur dikuatkuasakan selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan sebanyak 17 kluster baharu telah direkodkan sejak 1 hingga 27 April lepas dengan jumlah kes harian yang semakin meningkat.

“Setelah meneliti pembentangan serta cadangan daripada KKM, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKP di seluruh Kuala Lumpur hingga 20 Mei dengan SOP sepertimana yang telah diumumkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan mengenai PKP, PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) hari ini.

Ismail Sabri berkata selain itu, sebanyak 14 mukim dalam daerah Besut (kecuali Mukim Hulu Besut) turut dikenakan PKP berkuat kuasa pada tempoh yang sama setelah KKM merekodkan sebanyak 406 kes positif hasil 5,617 ujian saringan yang dijalankan ke atas penduduk di lokaliti itu sejak 1 April hingga 3 Mei.

Mukim yang terlibat ialah Kampung Raja, Lubuk Kawah, Pelagat, Tenang, Keluang, Bukit Kenak, Kubang Bemban, Jabi, Kerandang, Pengkalan Nangka, Pasir Akar, Tembila, Bukit Puteri dan Kuala Besut. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button