Berita Utama

Polis rampas rokok tidak bercukai bernilai lebih RM1.4 juta

Operasi Op Kontraban di Kepong berjaya tahan dua lelaki

KEPONG, 23 Ramadan 1442H, Rabu – Pihak polis berjaya merampas 183 kotak rokok pelbagai jenama tidak bercukai bernilai RM1,445,700 dalam Op Kontraban, di sini, semalam.

Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Azri Ahmad berkata, turut dirampas adalah sebuah kereta dan lori, beserta wang tunai sebanyak RM60,000.

Beliau berkata, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM1,655,700.

“Operasi tersebut telah berjaya menahan dua lelaki Cina warga tempatan berusia 32 dan 34 tahun, yang mana salah seorang suspek memiliki rekod jenayah lampau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kedua-dua suspek ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Kuala Lumpur dibawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button