Berita UtamaDunia

Arab Saudi kaji larangan jemaah haji dari luar negara

Bimbang peningkatan kes COVID-19 di peringkat global

RIYADH, 24 Ramadan 1442H, Khamis – Arab Saudi sedang mengkaji larangan membenarkan jemaah dari luar negara untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini, lapor Agensi Reuters.

Memetik dua sumber, agensi itu berkata, cadangan itu dilakukan berikutan kebimbangan peningkatan kes COVID-19 di peringkat global.

“Bagaimanapun, masih belum ada keputusan muktamad bagi meneruskan larangan itu,” kata sumber.

Pada masa sama, larangan itu akan menyebabkan ibadah haji hanya dihadkan kepada warganegara Arab Saudi yang diberi vaksin atau individu yang telah pulih daripada COVID-19.

Tahun lalu, ibadah haji hanya dihadkan kepada sebilangan kecil warganegara dan penduduk di negara itu.

Dengan penurunan jumlah jangkitan domestik selain peningkatan jumlah penduduk yang diberi vaksin baru-baru ini, kerajaan memutuskan untuk meningkatkan jumlah jemaah haji bagi tahun ini.

Terdahulu, media tempatan turut melaporkan bahawa Masjid Besar Makkah menerima kira-kira sejuta jemaah pada 20 hari pertama bulan Ramadan.

Sebelum wujudnya wabak COVID-19, sekitar 2.5 juta jemaah mengunjungi tempat suci di Makkah dan Madinah ketika musim haji. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button