Berita UtamaIstimewaPendapat

Audio ‘Archibishop’ guris hati umat Islam

Serangan, penghinaan Islam, Melayu dipertikai

SERANGAN demi serangan, penghinaan demi penghinaan, hak dan keabsahan umat Islam khususnya bangsa Melayu dipertikai.

Terbaru tular rakaman audio ‘Archibishop’ yang jelas merobek dan mengguris hati umat Islam, sekali lagi pembongkaran ini benar-benar berlaku di bulan Ramadan.

Saya melihat betapa seriusnya gerakan Kristianisasi cauvinis evengelist ini, secara rakus dan ghairah cuba merosakkan keharmonian dan perpaduan nasional.

Perjuangan mereka jelas, agenda mengangkat kaum Cina dan agama Kristian menjadi teras perjuangan adalah sesuatu yang tidak boleh diselindung lagi.

Gambaran peristiwa hitam ini adalah bukti mereka menyasarkan pertembungan agama dan bangsa sebagai sebuah perjuangan yang konsisten dan berfasa. Seolah-olah mereka telah memasuki fasa meraih hasil usaha yang telah mereka kerjakan sekian lama.

Justeru, sebagai langkah strategik dan proaktif perjuangan politik mesti kembali yakin dengan agenda perjuangan bangsa Melayu dan agama Islam.

Sejarah telah membuktikan hanya dengan dominasi Melayu dalam pemerintahan bertunjangkan kesempurnaan Islam, masyarakat akan mengecapi keharmonian seperti mana saat kita belum berdepan situasi panas dan mencabar kewibawaan yang muncul secara tiba-tiba kebelakangan ini.

Saya berdoa semoga pertembungan ini tidak membawa kepada perbalahan kaum seperti 13 Mei dahulu. Namun umat Islam khususnya bangsa Melayu mesti berani membuat keputusan bagi mengangkat maruah agama dan bangsa ke tempat yang lebih tinggi mengatasi kebiadapan yang sedang berlaku.

Bagi saya merealisasikan agenda penyatuan parti politik Islam dan Melayu adalah sesuatu yang fardu dan wajib ketika ini.

Ini sahaja akan memberikan hasil perubahan secara realiti bukan sekadar angan-angan dan slogan manifesto palsu pilihan raya. Semangat ketika di luar kerajaan, bila dah jadi kerajaan hilang segala semangat perjuangan.

Semua ini adalah kerana kesilapan meletakkan matlamat perjuangan yang bersifat sementara. Sedangkan masa depan Islam dan kedaulatan negara belum dicapai.

Ustaz Fahmi Bazlan
Ketua Pemuda BERJASA Pusat
Ketua BERJASA Bahagian Shah Alam

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button