Berita Utama

Pertembungan tertinggi 10 penjuru di Parlimen Batu

Keseluruhan 6 pencalonan ditolak, 4 kerusi Parlimen dan 2 DUN

BANGI, 10 Rabiulakhir 1444H, Sabtu – Sebanyak enam pencalonan ditolak pada penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, kertas pencalonan yang ditolak itu membabitkan empat kerusi Parlimen dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Tiada kerusi yang menang tanpa bertanding pada penamaan calon PRU15 hari ini.

“Sebanyak 222 pusat penamaan calon dibuka dari jam 9 hingga 10 pagi bagi calon mengemukakan pencalonan,” katanya.

Mengulas lanjut Abdul Ghani berkata, Parlimen Batu di Wilayah Persekutuan, merekodkan jumlah pertandingan tertinggi iaitu sebanyak 10 penjuru, manakala DUN Chenderiang di Perak, membabitkan tujuh penjuru.

“Pilihan Raya Kecil DUN Bugaya juga membabitkan pertandingan tujuh penjuru,” katanya.

Tambahnya lagi, maklumat terperinci berhubung penamaan calon akan dikeluarkan SPR petang ini.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi perjalanan kempen dan mengundi termasuk bagi kes COVID-19 pula akan dikeluarkan kemudian,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button