Berita Utama

KP Selangor rancang ‘game plan’ baharu PKP 3.0

Pasukan petugas akan keluar pastikan semua berjalan lancar

BANGI, 24 Ramadan 1442H, Khamis – Polis Selangor akan merangka rancangan atau ‘game plan’ baharu untuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dikenakan ke atas enam daerah  mulai hari ini hingga 17 Mei.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed bagaimanapun meminta orang ramai untuk meneliti prosedur operasi standard (SOP) yang diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Ya, kita pasti akan mengubah rancangan kita kali ini dengan penekanan untuk memastikan bahawa semua orang di daerah ini mematuhi SOP.

“Di Selangor, kami memiliki pasukan petugas operasi kepatuhan di peringkat negeri dan juga di semua daerah. Mereka akan keluar dan akan memastikan semuanya berjalan lancar,” katanya seperti dilapor The Star.

Ketika diminta untuk menjelaskan mengenai perubahan yang akan mereka lakukan, Arjunaidi memaklumkan perkara itu antara beliau dan pegawainya.

“Orang ramai hanya perlu prihatin dengan kepatuhan SOP dan memastikan mengikut peranan mereka untuk mengekang penyebaran COVID-19.

“Kami pernah melalui PKP di sini sebelumnya dan saya yakin bahawa komuniti mampu melaksanakan peranan mereka,” katanya.

PKP dilaksana Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengambil kira peningkatan mendadak kes positif COVID-19 dan bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. 

Ia berikutan Selangor telah mencatatkan jumlah kes harian yang tinggi sejak 20 April sehingga semalam.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button