Berita Utama

Penjara di Pulau Pinang hampir cecah sifar kes COVID-19

Pelaksanaan SOP lebih ketat berjaya cegah penyebaran virus di 3 penjara

GEORGETOWN, 24 Ramadan 1442H, Khamis – Pelaksanaan prosedur operasi standard yang lebih ketat (SOP) berjaya mencegah penyebaran COVID-19 di tiga penjara di negeri ini, dengan dua daripadanya melaporkan tiada kes.

Pengarah Jabatan Penjara Pulau Pinang, Roslan Mohamed berkata, hanya ada lima kes COVID-19 di Penjara Reman sekarang, dan tahanan yang didapati positif dipisahkan daripada yang lain.

“Pada kemuncak wabak COVID-19 tahun lalu, beberapa ratus kes dilaporkan di ketiga-tiga penjara itu. Namun, dengan adanya SOP yang lebih ketat, hanya sebilangan kecil kes dengan Penjara Seberang Prai di Jawi dan Penjara Satelit melaporkan sifar kes.

“Walaupun di Penjara Reman, hanya ada lima kes yang dilaporkan hingga kini dari tahanan yang baru diterima. Kami memastikan kami menyaring semua tahanan sebelum mereka dihantar ke penjara dan mereka yang diuji positif akan segera dipisahkan daripada yang lain untuk mencegah penyebaran virus,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, hari ini.

Roslan seperti dilapor NST berkata, sehingga kini, 99 peratus daripada keseluruhan 329 kakitangan penjara telah divaksinasi di bawah fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Beliau berkata, baki satu peratus itu tidak menolak vaksinasi, tetapi tidak dapat divaksinasi atas alasan kesihatan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button