Berita UtamaPendapat

Yayasan Ikhlas serah sumbangan alat perubatan

Sumbangan termasuk 1,000 unit pelitup muka N95 bernilai RM100,000

DI Hospital Serdang.

Wabak COVID-19 belum kelihatan mahu reda, bahkan jumlah kes-kes baharu sedang meningkat naik.

Tidak mustahil akan meningkat kepada 5,000 kes baharu harian selepas raya nanti andai tiada tindakan drastik diambil oleh semua pihak.

Lebih 90 peratus katil unit rawatan rapi (ICU) di hospital-hospital di sekitar lembah Klang digunakan untuk menangani fasa pandemik yang mencabar ini.

Mewakili Yayasan Ikhlas, saya menyampaikan sumbangan peralatan perubatan untuk kegunaan barisan hadapan di Hospital Serdang dan Maeps.

Sebanyak 2,000 set peralatan perlindungan peribadi (PPE), 1,0000 unit sarung tangan (gloves) dan 1,000 unit pelitup muka khas (N95) yang bernilai RM 100,000.00 telah diserahkan kepada Timbalan Pengarah 1 Hospital Serdang, Dr Fikri Abu Bakar.


Sejak April 2020, YI telah menyumbang sebanyak RM 2.45 juta untuk alatan kegunaan barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan RM3 juta lagi untuk agihan bantuan bekalan makanan kepada lebih 25 ribu keluarga yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Doakan kami. Semoga usaha yang kerdil berbanding dengan keperluan sebenar rakyat dan negara ini diberkati dan diredhaiNya.

Peduli, Prihatin
Yayasan Ikhlas

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin
Pengerusi Pemegang Amanah Yayasan Ikhlas
Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button