Berita Utama

150,597 dapat pekerjaan setakat bulan lepas: PM

Peroleh peluang kerja melalui 12 program dilaksanakan kerajaan

KUALA LUMPUR, 25 Ramadan 1442H, Jumaat – Sebanyak 150,597 pencari kerja berjaya mendapat pekerjaan melalui 12 program yang dilaksanakan kerajaan setakat 23 April lepas, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata kejayaan itu melebihi jumlah unjuran kumulatif setakat bulan April 2021 dengan sasaran kerajaan mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan bagi tahun ini.

“Usaha kerajaan meningkatkan pelaburan dalam negara berjaya mewujudkan 33,907 pekerjaan baharu dan 76 peratus daripadanya adalah dalam kategori mahir dan separuh mahir.

“Ini adalah sebahagian daripada sasaran 160,000 pekerjaan baharu hasil daripada komitmen pelaburan bagi tahun 2021,” katanya dalam hantaran Facebooknya di sini hari ini.

Dalam hantaran itu Muhyiddin memaklumkan beliau hari ini mempengerusikan mesyuarat ketiga Majlis Pekerjaan Negara (NEC) yang diadakan secara persidangan video. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button