Berita Utama

PEMBELA utus surat kepada SUHAKAM bincang isu Islam, umat

Harap SUHAKAM respon dengan beri tarikh, masa sesuai pertemuan

BANGI, 25 Ramadan 1442H, Jumaat – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) semalam mengutus surat kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), untuk mengadakan kunjungan hormat bagi membincangkan isu semasa khususnya berkaitan kepentingan agama Islam dan umatnya di negara ini.

Menerusi surat bertarikh 5 Mei itu, PEMBELA memohon agar Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Othman Hashim memberikan respon mengenai tarikh dan masa yang bersesuaian untuk sesi pertemuan itu nanti.

“Dengan segala hormatnya, sukacita kami maklumkan PEMBELA merupakan sebuah gabungan pertubuhan-pertubuhan Islam bukan kerajaan (NGO) utama yang bertujuan memperkasa kedaulatan agama Islam di negara ini sesuai dengan peruntukan dan lunas-lunas Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

“Sehubungan itu, PEMBELA berbesar hati berhasrat untuk mengadakan kunjung hormat pada tarikh dan masa yang bersesuaian dengan Tan Sri. Tujuan kunjungan adalah untuk membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan agama Islam dan umat Islam amnya,” katanya.

Dalam kenyataan di Facebook, Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya turut berharap Pengerusi SUHAKAM bersedia menerima kunjungan pihaknya.

“Diharapkan Pengerusi SUHAKAM bersedia bertemu dengan pihak kami memandangkan SUHAKAM sebagai salah satu agensi kerajaan yang hangat diperkatakan dalam kalangan rakyat muktahir ini,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button