Berita Utama

Polis rancang adakan 9 SJR di Kuala Lumpur

Jumlah pegawai, anggota dikerah untuk SJR bakal dibincang dalam mesyuarat

KUALA LUMPUR, 25 Ramadan 1442H, Jumaat – Polis Diraja Malaysia (PDRM) merancang untuk mengadakan sembilan sekatan jalan raya (SJR) di ibu negara bagi memastikan tiada aktiviti rentas daerah serta negeri tanpa kebenaran berlaku menjelang Aidilfitri ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pelaksanaan SJR itu penting dalam memastikan SOP sentiasa dipatuhi oleh masyarakat.

“Setakat ini, polis Kuala Lumpur menyasarkan sembilan SJR. Bagaimanapun, jumlah pegawai dan anggota yang terlibat akan ditentukan kemudian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar kejayaan tangkapan narkotik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.

Azmi berkata, mesyuarat berkaitan pelaksanaan SJR ini akan diadakan yang antaranya membincangkan jumlah pegawai dan anggota yang bakal dikerah untuk SJR seluruh Kuala Lumpur.

“Kita juga akan menyelaraskan SJR membabitkan sempadan antara Kuala Lumpur dan Selangor untuk PKP 3.0 ini dan akan memperketatkan lagi tahap kawalan pematuhannya,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button