Berita Utama

4,000 sertai Majlis Khatam Al-Quran Perdana Wanita ISMA

Program kali ke-4 sebagai tanda untuk bangkitkan syiar Islam

BANGI, 26 Ramadan 1442H, Sabtu – Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) hari ini menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran Perdana buat kali ke-4 menerusi medium secara atas talian.

Majlis yang turut disiarkan secara langsung di Facebook rasmi TV Pertiwi itu membabitkan penyertaan hampir 4,000 wanita dari seluruh Malaysia, termasuk di luar negara.

Ia disertai oleh peserta tilawah dan tadarus daripada 42 buah cawangan ISMA yang telah berusaha menyelesaikan 30 juzuk al-Quran bersama-sama sepanjang bulan Ramadan.

Ketua Wanita, Dr Suriani Sudi berkata, program kali keempat itu diadakan sebagai satu tanda untuk menaikkan syiar Islam dengan membaca al-Quran.

“Pada masa yang sama, untuk semarakkan Ramadan dengan al-Quran,” katanya.

Tilawah dan tadarus yang dijalankan secara atas talian ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan bersama seorang pembimbing wanita ISMA yang akan membantu membimbing bacaan al-Quran.

Selain secara maya, ia turut dilakukan secara fizikal pada setiap minggu di surau dan masjid yang dibenarkan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button