Berita Utama

PKP 3.0: Kerajaan digesa segera umum bantuan untuk rakyat

Rakyat berdepan kesukaran terutama bagi mencari punca pendapatan

BANGI, 22 Ramadan 1442H, Selasa – Kerajaan digesa mengambil langkah wajar bagi membela nasib rakyat selepas mengumumkan pelaksanaan PKP 3.0 di beberapa negeri seluruh Malaysia. 

Yang di-Pertua BERJASA Hulu Langat, Yudi Kurniawan Budi berkata, kerajaan perlu merangka inisiatif untuk membela nasib dan mengukuhkan ekonomi rakyat.

“Sejak negara berada dalam krisis kesihatan pandemik COVID-19, rakyat terus-menerus berdepan kesukaran demi kesukaran terutama bagi mencari punca pendapatan. 

“Kita gesa kerajaan umumkan strategi dan inisiatif melalui pakej rangsangan ekonomi. 

“Ramai rakyat terkesan dengan krisis kesihatan ini, tidak kira mereka yang makan gaji dengan bekerja di sektor awam mahupun swasta atau mereka yang bekerja sendiri dan berniaga, mereka ini menjadi ‘mangsa’ pandemik COVID-19,” katanya. 

Beberapa negeri telah disenaraikan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) antaranya Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Johor, Perak dan Terengganu. 

Di Selangor, enam daerah terbabit Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang manakala baki tiga daerah – Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor kekal dengan status PKP Bersyarat (PKPB).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button