Berita UtamaDunia

Syarikat media sosial padam hantaran berkaitan Baitulmaqdis

Twitter tapis kandungan yang dikait dengan Sheikh Jarrah

ANKARA, 26 Ramadan 1442H, Sabtu – Facebook, Instagram dan Twitter dilaporkan menapis serta memadam hantaran dan tanda pagar berkaitan ketegangan di Baitulmaqdis baru-baru ini.

Menurut laman sesawang Mondoweiss – dikhaskan untuk memaklumkan kepada pembaca mengenai perkembangan di Israel, Palestin dan dasar luar Amerika Syarikat (AS) yang berkaitan – Instagram dan Facebook telah menapis catatan berkaitan Sheikh Jarrah sekurang-kurangnya sehari yang lalu.

Menerusi hantaran di Twitter, Mondoweiss ‘tweet semula’ hantaran yang mengatakan bahawa Instagram mempunyai hantaran terhad dengan tanda pagar #Baitulmaqdis dalam bahasa Inggeris dan Arab.

Tindakan menapis kandungan berkaitan dengan Sheikh Jarrah mendapat kritikan daripada pengguna Twitter.

“Twitter memerangi kandungan Palestin yang mendedahkan jenayah mengusir warga Palestin dari kawasan Sheikh Jarrah, di Baitulmaqdis,” kata NewPress, sambil menambah bahawa akaun bahasa Inggerisnya telah digantung oleh ‘pentadbiran Twitter.’

Pengguna lain, #SaveSheikhJarrah, mengatakan di Twitter bahawa Instagram memadam ‘keseluruhan sorotan hantaran mengenai apa yang berlaku di Palestin.’

Warga Palestin di Baitulmaqdis telah bersolidariti bersama penduduk Sheikh Jarrah beberapa hari lepas yang menyebabkan pertembungan dengan polis Israel.

Protes berlaku selepas Mahkamah Pusat Israel di Baitulmaqdis Timur pada awal tahun ini meluluskan keputusan untuk mengusir tujuh keluarga Palestin dari kediaman mereka sekali gus memihak kepada peneroka haram Israel. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button