Berita Utama

Kes baharu turun kepada 3,733 hari ini

Selangor masih kekal catat angka tertinggi dengan 1,278 kes

KUALA LUMPUR, 27 Ramadan 1442H, Ahad – Selepas dua hari Malaysia merekodkan kes COVID-19 harian lebih 4,000, angka kes baharu dalam tempoh 24 jam lepas kembali menunjukkan penurunan dengan mencatatkan 3,733 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitternya berkata dalam tempoh itu, Selangor masih merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 1,278 kes diikuti Sarawak (454), Johor (365) dan Kuala Lumpur (338).

Pulau Pinang pula mencatat 280 kes, Kelantan (254), Negeri Sembilan (205), Kedah (176), Pahang (100), Perak (80), Sabah (61), Melaka (66), Putrajaya (20), Labuan (enam), dan Perlis hanya satu kes. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button