Berita UtamaDunia

Negara Arab tolak pelan Israel halau rakyat Palestin dari kediaman

Arab Saudi, UAE, Oman antara negara terbabit kutuk Israel

BAITULMAQDIS, 27 Ramadan 1442H, Ahad – Arab Saudi mengecam sekeras-kerasnya rancangan Israel untuk mengusir keluarga Palestin dari kediaman mereka di Baitulmaqdis, di tengah-tengah keganasan yang meningkat di bandar itu.

Kementerian Luar Arab Saudi berkata, negara itu turut menolak rancangan Israel memaksa penduduk Palestin untuk menerima kedaulatan negara penjajah itu.

Semalam, Israel meningkatkan kawalan setelah satu pertempuran berlaku pada malam Jumaat yang mengakibatkan lebih daripada 200 penduduk Palestin tercedera.

Dalam kejadian, polis Israel melepaskan tembakan peluru getah, gas pemedih mata dan bom tangan ke arah penduduk Palestin di dalam Masjid al-Aqsa, di mana para jemaah termasuk wanita dan kanak-kanak sedang menunaikan solat pada hari Jumaat terakhir ketika bulan Ramadan.

Bukan itu sahaja, Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang melakukan hubungan normalisasi dengan Israel pada tahun lalu turut mengutuk pengusiran terancang ke atas rakyat Palestin.

Menteri Luar Negerinya, Khalifa Al-Marar mendesak pihak berwajib Israel bertanggungjawab memastikan perlindungan diberi kepada rakyat Palestin, membenarkan kebebasan menunaikan ibadat serta mencegah tindakan yang melanggar kesucian Masjid al-Aqsa.

Senada dengannya, Oman turut menegaskan pendiriannya menyokong penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka pada 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button