Berita Utama

Semua rakyat Terengganu nikmati bekalan air percuma Aidilfitri ini

Libat perbelanjaan sebanyak RM570,000 bermula 1 Mei hingga 31 Mei

KUALA TERENGGANU, 27 Ramadan 1442H, Ahad – Kerajaan Negeri Terengganu bersetuju untuk memperluaskan bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu pertama kepada semua pengguna kategori rumah tangga sempena bulan perayaan Aidilfitri. 

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pemberian air percuma ini akan memberi manfaat kepada lebih 1.33 juta rakyat yang terdiri daripada isi rumah kategori rumah tangga. 

Beliau berkata, ianya akan melibatkan perbelanjaan berjumlah hampir RM570,000 untuk tempoh selama sebulan bermula 1 Mei hingga 31 Mei 2021. 

“Inisiatif ini diharapkan dapat meringankan impak keadaan ekonomi akibat wabak COVID-19 yang melanda dan sebagai tanda simpati serta prihatin kerajaan terutama di musim sambutan Aidilfitri tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sebelum ini, kerajaan negeri memberikan bekalan air percuma 20 meter padu kepada penerima bantuan eKasih, Majlis Agama dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan penduduk PPRT.   

Kemudahan itu juga adalah bagi membantu rakyat negeri ini menghadapi suasana hari raya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu serta dalam situasi pandemik COVID-19.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button