Berita UtamaDunia

AS mungkin lapor kes kematian kurang dari jumlah sebenar

University of Washington anggar jumlah kematian cecah hampir 2 kali ganda

WASHINGTON, 28 Ramadan 1442H, Isnin – Pakar penyakit berjangkit terkemuka Amerika Syarikat (AS) berkata, kemungkinan besar pegawai melaporkan jumlah kematian COVID-19 lebih rendah daripada yang sepatutnya, setelah laporan baharu dari University of Washington menganggarkan jumlah kematian di negara itu mencecah hampir dua kali ganda angka yang dicatatkan.

Analisis oleh Institut Metrik Kesihatan dan Penilaian menunjukkan jumlah kematian di AS kini lebih daripada 900,000 orang.  

Pada Rabu (5 Mei) lalu, Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC) membuat anggaran rasmi terbaharu pada 575,491 kematian di AS.

Beliau berkata, jumlah 900,000 yang dikira dan dilaporkan oleh University of Washington pada Khamis lalu adalah lebih banyak daripada yang disangka.

“Jumlah itu lebih tinggi daripada yang saya sangka. Tetapi saya rasa tidak ada keraguan… bahawa kita memang dan telah terkurang dalam mengira,” kata Pengarah Institut Alahan Dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan, Dr Anthony Fauci di Meet the Press NBC.

AS telah melaporkan lebih daripada 32.6 juta kes sejak virus itu pertama kali dikenal pasti pada akhir 2019 di China

Amerika dilanda lonjakan kes dan kematian setelah cuti akhir tahun, tetapi sejak Januari jangkitan baru mulai turun selepas kadar vaksinasi meningkat. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button