India dijangka cecah jumlah kematian sejuta Ogos ini
Narendra Modi bertanggungjawab atas musibah menjadi malapetaka negara

DELHI, 28 Ramadan 1442H, Isnin – Kematian COVID-19 di India berpotensi mencapai angka sejuta pada 1 Ogos tahun ini, lapor sebuah editorial jurnal perubatan, Lancet memetik anggaran Institut Kesihatan dan Penilaian Kesihatan – sebuah pusat penyelidikan kesihatan global bebas Universiti Washington.
“Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan menganggarkan bahawa India akan menyaksikan satu juta kematian yang mengejutkan berikutan COVID-19 menjelang 1 Ogos.
“Sekiranya ia berlaku, pemerintah Perdana Menteri, Narendra Modi akan bertanggungjawab atas musibah yang menjadi malapetaka negara,” katanya.
Kes COVID India meningkat dengan catatan 414,188, manakala kematian meningkat sebanyak 3,915.
India mencatatkan lebih daripada 4,000 kematian COVID-19 dalam tempoh sehari.
Kementerian Kesihatan India melaporkan semalam bahawa 4,092 kematian dicatat dalam tempoh 24 jam terakhir, menjadikan jumlah kematian keseluruhan kepada 242,362.
Manakala kes baharu pula meningkat sebanyak 403,738.
India telah menyaksikan 10 juta kes dalam tempoh masa empat bulan terakhir.
New Delhi telah berusaha untuk mengatasi wabak itu, yang menyerang sistem penjagaan kesihatannya, dan banyak pakar mengesyaki kematian rasmi serta jumlah kes direkodkan adalah terlalu rendah. – Agensi