Dunia

China desak sidang PBB mengenai Uyghur dibatalkan

Dakwa penganjuran AS, Jerman, Britain ganggu urusan dalaman Beijing

BEIJING, 29 Ramadan 1442H, Selasa – China mendesak Amerika Syarikat (AS), Jerman dan Britain membatalkan sidang video yang dijadualkan Rabu ini, berhubung tindakan keras Beijing terhadap minoriti muslim Uyghur. 

Bukan hanya mahu dibatalkan, negara komunis itu turut meminta anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) lain tidak menyertai sidang berkenaan. 

Sekurang-kurangnya sejuta Uyghur dan kumpulan muslim yang lain ditahan di kem wilayah Xinjiang, menurut kumpulan hak asasi. 

Misi diplomatik China ke PBB dalam satu kenyataan mendakwa, sidang video itu hanya didasarkan pada pembohongan dan berat sebelah politik. 

“Beijing mendesak para penganjur bersama untuk segera membatalkan sidang ini yang menganggu urusan dalaman China, dan meminta negara anggota lain menolak sidang itu. 

Selain kem, lebih jutaan umat Islam di China diuji hidup di bawah sistem pengawasan dan kawalan yang ketat.

AS baru-baru ini menyifatkan pelakuan ke atas etnik muslim Uyghur di wilayah itu sebagai genosid. 

“AS kononnya mendakwa mengambil berat terhadap hak asasi manusia muslim walaupun fakta sebenar yang diketahui dunia adalah AS telah membunuh orang Islam di Afghanistan, Iraq dan Syria.

“AS dan pengikutnya telah membunuh sejumlah besar umat Islam di dunia,” kata kenyataan China itu.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button