Berita Utama

Licik! Israel sengaja cipta konflik mahu jarah tanah Palestin

Negara Islam perlu 'action oriented' bukan lagi 'rhetoric' semata-mata

BANGI, 29 Ramadan 1442H, Selasa – Acap kali serangan atau konflik diwujudkan pengganas Israel terhadap rakyat Palestin, akan ada tanah-tanah milik Palestin yang akan ditakluki.

Bagi Pensyarah Kajian Strategik dan Keselamatan, Naif Arab University for Security Sciences, Arab Saudi, Prof Madya Dr Mohd Mizan Mohd Aslam, konflik yang dengan sengaja dicetuskan pada bulan mulia ini adalah untuk meluaskan kuasa rejim Zionis Yahudi.

Beliau menegaskan serangan tidak berperikemanusiaan askar Israel ke atas Masjid Al-Aqsa di bulan Ramadan ini tindakan yang melampau dan terancang.

“Siri kekejaman Israel memang tidak dapat dilindungi lagi, Israel hidup dengan nyawa dan darah rakyat Palestin.

“Paten yang dapat dilihat hingga kini, setiap kali serangan dilakukan atau konflik diwujudkan, maka akan adalah tanah-tanah milik Palestin yang akan ditakluki.

“Konflik yang dengan sengaja dicetuskan untuk meluaskan kuasa rejim Zionis Yahudi,” katanya menerusi artikel disiarkan Harian Metro hari ini.

Dalam perkembangan sama, Dr Mizan menyifatkan tindakan tentera Israel menceroboh masuk Masjid Al-Aqsa ketika umat Islam sedang beribadah adalah tindakan kurang ajar.

“Serangan selama lima hari berturut-turut bermula 24 Ramadan telah mengakibatkan kematian dan ratusan lainnya mengalami kecederaan.

“Semuanya berpunca daripada kerakusan rejim Israel menjarah tanah berdaulat milik Palestin,” katanya.

Berikutan itu, beliau mendesak negara-negara Islam melakukan reaksi berbentuk ‘tindakan’ ke atas setiap kejahatan yang dilakukan oleh Israel ke atas Palestin dan bukannya retorik semata-mata.

“Kepentingan perdagangan dan kuasa politik menafikan hak saudara seagama kita di Palestin. Negara-negara Islam hanya mampu melihat dan berdiam diri.

“Paling-paling pun yang mampu dibuat adalah kenyataan mengutuk serangan-serangan yang dilakukan oleh Israel ke atas penduduk Palestin. Akan tetapi tiada satu tindakan bersifat konkrit yang boleh diambil.

“Acap kali saya mengutarakan bahawa sekarang ini negara Islam perlu kepada ‘action oriented’ bukan lagi ‘rhetoric’ semata-mata. Tindakan tidak berani diambil kerana takut dingin hubungan dengan Amerika sebagai proksi Israel,” katanya kesal.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button