Berita Utama

Polis Petaling Jaya akan periksa rumah ke rumah Aidilfitri ini

Tiada lagi amaran, terus kompaun jika langgar SOP

PETALING JAYA, 29 Ramadan 1442H, Selasa – Bagi memastikan tiada aktiviti kunjung-mengunjung pada Aidilfitri ini, polis Petaling Jaya akan melaksanakan pemeriksaan rumah ke rumah. 

Justeru, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengingatkan semua supaya sentiasa patuh kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Saya ingatkan kepada warga Petaling Jaya agar tiada sebarang aktiviti kunjung-mengunjung ketika Aidilfitri ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, hari ini.

Beliau berkata, pemantauan pada Aidilfitri ini akan dijalankan oleh pasukan pemantau khas yang ditubuhkan.

Katanya, ketika ini terdapat lapan pasukan pemantau khas yang telah ditubuhkan.

“Kita mempunyai lapan pasukan bagi menjalankan pemantauan SOP dan dari hari ke hari sememangnya penguatkuasaan kita akan sentiasa perketatkan.

“Selepas ini tiada lagi amaran dan sekiranya terdapat pelanggaran SOP, pihak polis akan terus mengambil tindakan kompaun,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button