Berita UtamaDunia

VIDEO l Gadis ‘bertudung merah’ masih tersenyum ketika ditangkap Israel

Maryam tidak mahu kanak-kanak dibesarkan dengan ketakutan

BAITULMAQDIS, 29 Ramadan 1442H, Selasa – Meskipun ditangkap ketika serangan rejim pengganas Israel di Baitulmaqdis baru-baru ini, seorang gadis Palestin bertudung merah masih lagi mampu tersenyum.

Video Maryam al-Afifi memaparkan wajahnya tersenyum ketika ditangkap menjadi tular di media sosial dan menarik jutaan penonton di seluruh dunia.

Sebelum ini, Maryam diserang dan ditangkap oleh polis Israel ketika tunjuk perasaan di kejiranan Sheikh Jarrah.

Bagaimanapun, tangkapan ke atas gadis itu tidak langsung menggentarkannya apabila beliau masih lagi mampu tersenyum.

Katanya, beliau tidak mahu kanak-kanak Palestin dibesarkan dengan ketakutan.

Ketegangan di Baitulmaqdis semakin memuncak sejak beberapa hari lalu selepas Israel melarang rakyat Palestin mengakses ke beberapa bahagian di Kota Lama ketika Ramadan – telah ditarik balik – serta pengusiran penduduk Palestin dari rumah mereka di Baitulmadis bagi memberi laluan kepada penduduk Israel.

Terbaharu, seramai 122 penduduk Palestin terbunuh, manakala 106 lagi dilaporkan cedera dalam serangan udara di wilayah Gaza, termasuk beberapa daripadanya sedang kritikal.

Serangan kejam itu dilancarkan rejim penjajah Israel selepas Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) menuntut negara penjajah terbabit menarik tentera mereka dari perkarangan Masjid Al-Aqsa dan daerah Baitulmaqdis Timur, Sheikh Jarrah. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button