Berita UtamaDunia

Negara haram Israel isytihar darurat di Lod

Berlaku rusuhan selepas insiden seorang Arab Israel terbunuh

TEL AVIV, 30 Ramadan 1442H, Rabu – Negara haram Israel mengisytiharkan darurat di Lod, tenggara Tel Aviv, ketika polis menuduh penduduk Arab melakukan ‘rusuhan besar-besaran’. 

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu selepas insiden seorang Arab Israel terbunuh di Lod baru-baru ini, ketika keganasan meningkat selepas rejim Zionis menyerang wilayah Palestin.

Bandar dihuni 77,000 orang, termasuk 47,000 orang Yahudi Israel dan 23,000 orang Arab, telah menjadi lokasi pertempuran ganas pada Isnin. 

Polis Israel berkata, rusuhan meletus oleh beberapa penduduk Arab dan membahayakan masyarakat.

Netanyahu dilaporkan pergi ke bandar itu, yang berada di pinggir pusat ekonomi Tel Aviv berhampiran lapangan terbang Ben Gurion, untuk merayu kedamaian.

Sementara itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken dalam perbincangan dengan Menteri Luar Negeri Israel, Gabi Ashkenazi pula mengulangi seruan untuk menghentikan kekerasan.

Blinken mengulangi seruannya kepada semua pihak untuk mengurangkan ketegangan dan menghentikan keganasan, yang meragut nyawa orang awam Israel dan Palestin, termasuk kanak-kanak. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button