Artikel KhasBerita Utama

Pembersihan etnik di Sheikh Jarrah, Intifada Ramadan 2021

Israel usir penduduk Palestin dari kediaman sejak berdekad

PERKEMBANGAN mutakhir di Palestin yang dijajah, khususnya di Masjidil Aqsa dan Tebing Barat telah menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

Puluhan video dan ratusan gambar kekejaman tentera Zionis ke atas umat Islam yang menunaikan solat tarawih, penyerbuan ke dalam Masjid Al Aqsa dan tangkapan demi tangkapan telah tersebar ke seluruh dunia melalui media sosial.

Di atas pertimbangan tersebut, saya cuba menerangkan serba sedikit tentang latar belakang isu ini khususnya mengenai perkembangan yang berlaku di satu kawasan bernama Sheikh Jarrah, antara titik permulaan yang mencetuskan kebangkitan rakyat Palestin.

Untuk puluhan ribu umat Islam dan rakyat Palestin yang menunaikan solat tarawih di sekitar Masjid Al Aqsa, situasi di Sheikh Jarrah telah membangkitkan perasaan solidariti dan semangat mereka untuk mempertahankan saudara-saudari mereka yang berdepan dengan episod-episod pengusiran dari rumah kediaman, kehilangan harta benda dan tanah-tanah mereka.

Perhimpunan solidariti selepas solat tarawih di Masjid Al Aqsa menyebabkan tentera Zionis Israel bertindak kejam dan ganas untuk meleraikan solidariti rakyat Palestin ini.

Maka berlakulah babak-babak keganasan tentera-tentera Zionis Israel ke atas umat Islam Palestin sejak beberapa hari dahulu hinggalah ke saat artikel ini ditulis.

Kekejaman tentera pengganas Zionis ini masih lagi berterusan.

Justeru itu, adalah penting untuk kita mengetahui bahawa perkembangan terkini di Masjid Al Aqsa tidak berlaku secara spontan atau tiba-tiba. Ia sangat berkaitan dengan tindakan penghapusan etnik yang sedang berlaku di Sheikh Jarrah.

Artikel berikut adalah terjemahan secara bebas daripada berita Bahasa Inggeris pada pautan berikut: https://www.middleeasteye.net/…/israel-palestine-sheikh…

Latar belakang sejarah Sheikh Jarrah

Kawasan kejiranan Sheikh Jarrah ini mengambil sempena dengan nama doktor peribadi Sultan Salahuddin Al Ayyubi, di mana beliau dipercayai telah menetap di situ setelah tentera Islam menawan kota tersebut.

Sheikh Jarrah, kawasan kejiranan Palestin di Timur Baitulmaqdis yang dijajah dan kini diancam pengusiran oleh kerajaan Israel dahulunya merupakan satu kawasan perkebunan yang nyaman, terletak kurang satu kilometer dari bahagian utara kota Baitulmaqdis Lama.

Di awal kurun ke-20, keluarga-keluarga Palestin yang kaya telah berpindah ke situ untuk membina rumah-rumah moden, dan meninggalkan kawasan berlorong kecil dan hiruk pikuk rumah-rumah dan bangunan sempit yang terdapat di kota lama tersebut.

Nama Sheikh Jarrah diambil sempena nama doktor peribadi Sultan Salahuddin, di mana beliau dipercayai telah tinggal dan menetap di situ setelah tentera-tentera Islam menawan bandar tersebut dari tentera Salibiyah Kristian pada tahun 1187.

Para pelarian dari Palestin 1948

Pada tahun 1956, seramai 28 keluarga Palestin tinggal menetap di kawasan kejiranan ini. Keluarga-keluarga ini merupakan sebahagian daripada bilangan penduduk yang lebih besar, iaitu seramai 750,000 orang yang diusir secara paksa oleh pengganas-pengganas Zionis semasa Perang 1948 – yang dikenali sebagai Nakba – dari pekan-pekan dan bandar-bandar Arab Palestin yang kemudiannya bertukar menjadi wilayah Israel.

Baitulmaqdis Timur ditadbir oleh kerajaan Hasyimiyah Jordan, yang menguasai Tebing Barat ketika itu.

Kerajaan Jordan telah membina rumah-rumah untuk 28 keluarga Palestin berkenaan pada tahun 1956 dengan kebenaran Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).

Pada tahun 1960-an, keluarga-keluarga ini telah membuat satu perjanjian dengan kerajaan Jordan, yang bersetuju menjadikan mereka sebagai pemilik tanah dan rumah di kawasan ini, diberikan surat hakmilik di atas nama mereka selepas tiga tahun.

Sebagai balasan, mereka akan membuang/menolak taraf mereka sebagai pelarian.

Bagaimanapun, perjanjian ini terbengkalai separuh jalan apabila Israel menawan dan menduduki Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur secara haram selepas Perang Arab-Israel pada tahun 1967, di mana Jordan kehilangan penguasaannya ke atas wilayah-wilayah ini.

Kini, terdapat 38 keluarga Palestin yang tinggal dan menetap di Sheikh Jarrah, empat daripada mereka akan diusir pada bila-bila masa sahaja, manakala tiga lagi dijangka akan diusir pada 1 haribulan Ogos 2021.

Baki bilangan keluarga-keluarga lain sedang melalui pelbagai peringkat kes-kes Mahkamah, dan berhadapan dengan kumpulan-kumpulan peneroka Israel di mahkamah-mahkamah Israel.

‘Lembah Suci’ Baitulmaqdis

Sejak Israel menawan/merampas Baitulmaqdis Timur dalam Perang tahun 1967, kumpulan-kumpulan peneroka Israel telah membuat tuntutan hak milik ke atas tanah-tanah di Sheikh Jarrah dan telah berjaya di dalam banyak tindakan undang-undang untuk mengusir keluar orang-orang Palestin dari rumah kediaman dan tanah mereka.

Dua kumpulan peneroka Yahudi telah memfailkan tindakan undang-undang di mahkamah atas alasan Yahudi Sephardic merupakan pemilik tanah-tanah berkenaan sejak tahun 1885 di zaman pemerintahan Khilafah Uthmaniyah yang berakhir pada tahun 1917.

Warga Israel juga membuat tuntutan yang sama alasan mereka adalah pemilik tanah-tanah Palestin yang terletak kurang satu kilometer dari Kota Lama Baitulmaqdis.

Israel mempunyai satu strategi besar untuk penempatan mereka yang dipanggil “Holy Basin” (Lembah Suci), yang merupakan satu rangkaian unit-unit kediaman para peneroka dan taman-taman tema yang diilhamkan daripada tempat-tempat dan tokoh-tokoh yang disebut di dalam Kitab Bible di sekeliling Kota Lama Baitul Maqdis.

Di bawah rancangan ini, rumah-rumah yang dimiliki oleh orang-orang Palestin perlu dirobohkan.

Pada bulan November 2020, sebuah mahkamah Israel telah mengesahkan keputusan untuk mengusir 87 orang Palestin dari kawasan Batan Al Hawa dalam wilayah Silwan, yang terletak di bahagian selatan Masjid Al Aqsa, untuk diberikan kepada kumpulan peneroka Israel yang bernama Ateret Cohanim.

Kumpulan ini, yang bertujuan untuk memperluaskan kehadiran peneroka-peneroka Yahudi di dalam kawasan-kawasan penduduk Baitulmaqdis Timur dan di sekeliling Kota Lama.

Baitulmaqdis telah menyaman penduduk Batan Al Hawa atas alasan tanah tersebut dimiliki oleh orang-orang Yahudi Yamani di zaman pemerintahan Uthmaniyah sehingga tahun 1938, ketika mana mandat British memindahkan mereka di atas sebab-sebab ketegangan politik.

Undang-undang Israel lebih memihak kepada para peneroka Yahudi dengan membenarkan hanya orang-orang Yahudi sahaja boleh membuat tuntutan hak milik ke atas tanah dan kawasan yang mereka dakwa telah memilikinya sebelum tahun 1948, manakala hak yang sama telah dinafikan kepada penduduk-penduduk Palestin.

[Bacaan tambahan: https://en.wikipedia.org/wiki/Holy_Basin]

Pemilik bertukar menjadi penyewa

Pada hari Ahad (1 Mei 2021) Mahkamah Persekutuan Israel telah mengeluarkan satu perintah yang mengarahkan keluarga-keluarga Iskafi, Kurd, Jaanoi dan Qassim – yang terdiri dari 30 orang dewasa dan 10 orang kanak-kanak supaya mengosongkan rumah masing-masing sebelum 6 Mei.

Keluarga-keluarga Palestin ini telah ditolak dari mahkamah ke mahkamah selama empat tahun.

Keluarga-keluarga Hammad, Dagani dan Daudi pula yang tinggal di kawasan perumahan yang sama telah diberi tempoh sehingga 1 Ogos 2021 untuk mengosongkan rumah kediaman mereka.

Pada tahun 1982, kumpulan-kumpulan peneroka Israel membuat permohonan ke Mahkamah supaya mengeluarkan perintah mengusir 24 keluarga Palestin yang tinggal di shaikh Jarrah.

Pada tahun 1991, keluarga-keluarga Palestin ini membuat satu kejutan apabila mereka menuduh peguam dan wakil undang-undang mereka (seorang Israel) telah memalsukan tandatangan mereka dalam satu dokumen pada tahun 1991 yang menunjukkan kononnya tanah-tanah mereka dimiliki oleh peneroka-peneroka Israel.

Sejak dari itu, penduduk-penduduk Palestin di Shaikh Jarrah telah dilayan sebagai penyewa di dalam mahkamah-mahkamah Israel dan sentiasa berhadapan perintah-perintah mahkamah yang mengarahkan mereka mengosongkan rumah-rumah mereka bagi membenarkan peneroka-peneroka Israel mengambil alih kediaman mereka.

Pada tahun 2002, seramai 43 orang penduduk Palestin telah diusir dari kawasan tersebut dan peneroka-peneroka Israel telah mengambil alih kediaman mereka.

Pada tahun 2005, mahkamah Israel telah menolak dokumen-dokumen Khilafah Uthmaniyah yang dikemukakan oleh Sulaiman Darwish Hijazi, salah seorang penduduk Shaikh Jarrah, sebagai bukti pemilikan tanahnya.

Pada tahun 2008, keluarga Al-Kurdi telah diusir keluar dan pada tahun berikutnya (2009), keluarga-keluarga Hanoun dan Ghawi diusir keluar manakala pada tahun 2017 keluarga Shamasneh pula telah diusir keluar dari rumah mereka oleh peneroka-peneroka Israel.

Penduduk-penduduk Palestin telah mendesak kerajaan Jordan supaya mengeluarkan surat-surat dan dokumen-dokumen rasmi untuk membuktikan pemilikan hartanah mereka.

Pada bulan April 2021, Menteri Luar Jordan Ayman Safadi telah menyerahkan dokumen-dokumen yang membuktikan pemilikan penduduk Palestin ke atas tanah-tanah mereka, dalam usaha untuk mencegah pengusiran besar-besaran.

Minggu lepas, kerajaan Jordan mengesahkan 14 perjanjian yang ditandatangani sejak tahun 1960-an dengan keluarga-keluarga Palestin di Sheikh Jarrah untuk menguatkan kedudukan mereka di mahkamah-mahkamah Israel.

Sejak awal tahun 2020, mahkamah-mahkamah Israel telah mengeluarkan perintah pengusiran terhadap 13 keluarga Palestin di Sheikh Jarrah.

Kawasan ini kini menjadi titik utama protes-protes penentangan dan solidariti, yang telah menghimpunkan aktivis-aktivis Palestin, Israel dan juga antarabangsa serta kumpulan-kumpulan anti-penjajahan Israel.

Pembersihan etnik sedang berlaku

Antara kata-kata penduduk Sheikh Jarrah:

“Tanah-tanah sedang dicuri dan ini berlaku di seluruh Palestin. System kehakiman Israel bersubahat dengan kumpulan-kumpulan peneroka Israel yang mempunyai dana yang banyak untuk melakukan pembersihan etnik terhadap penduduk Palestin,”

“Kami tidak akan pergi ke Tebing Barat atau tempat-tempat lain kerana inilah matlamat mereka. Mereka ingin mengusir semua penduduk Palestin di Baitulmaqdis supaya mereka boleh mengambil alih dan menguasai kawasan ini,”

 

“Peneroka-peneroka Israel, dengan sokongan mahkamah-mahkamah, tentera dan polis Israel, telah mengusir penduduk-penduduk palestin dari rumah-rumah kediaman mereka sejak berdekad-dekad lamanya,”

“Kami tidak akan biarkan peneroka-peneroka itu mengambilalih masyarakat kami (dan) kami tidak akan mengizinkan perbuatan ini menimpa keluarga kami,”

Pengajaran dan Iktibar

1. Perjuangan membebaskan Baitulmaqdis tidak ada garis penamat

Agenda mempertahankan bumi Palestin yang diberkati dan membebaskan Masjid Al Aqsa merupakan satu kewajiban seluruh umat Islam yang berterusan sehingga Hari Kiamat.

Abu Umamah meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Segolongan umatku akan terus memperjuangkan kebenaran menentang musuh mereka yang ganas dengan kecekalan. Orang yang tidak bersetuju dengan perjuangan mereka tidak dapat melemahkan perjuangan mereka sehinggalah sampai ketentuan Allah; namun mereka tetap teguh dengan perjuangan. Sahabat bertanya wahai Rasulullah di mana mereka? Baginda menjawab: Di Bait al-Maqdis dan persekitaran Baitulmaqdis,”

Ibn Hanbal, Masnad Ahmad, Baqi Masnad al-Ansar, Hadith Abi Umamah al-Bahili

Umat Islam seluruh dunia pada hari ini sedang menyaksikan betapa benarnya hadis Nabi  ﷺ di atas.

Perjuangan yang telah dirintis oleh para panglima agung Islam terdahulu, tempat yang menjadi sasaran dan tujuan utama tentera-tentera Kristian di dalam 8 siri Perang Salib dan menjadi paksi besar kepada perkembangan geo-politik dunia global hari ini … sudah pasti perlu diteruskan.

Penduduk-penduduk Palestin telah memikul amanah dan melaksanakan tanggungjawab besar ini dengan jujur selama puluhan tahun sebagai wakil kepada seluruh dunia Islam dalam perjuangan suci ini.

Mereka telah mengorbankan segala-galanya – bagi pihak kita – agar Baitulmaqdis tetap merdeka dan berdaulat serta terpelihara dari segala bentuk ancaman khususnya dari tangan-tangan ekstrimis pengganas-pengganas Zionis.

Bagaimanapun, beban dan tanggungjawab tersebut masih tidak terlepas dari bahu kita.

Perlawanan, penentangan dan pengorbanan mereka perlu sentiasa diulang-ulang, dibicarakan, disebarkan, dikongsikan dan paling penting diwarisi.

Mereka adalah insan-insan terpilih yang telah digambarkan oleh Rasulullah ﷺ lebih 1400 tahun dahulu dan kewujudan mereka akan sentiasa terbayang di dalam pemikiran kita setiap kali hadis di atas dibaca.

2. Normalisasi dengan entiti haram Israel adalah tercela.

Banyak negara Arab dan Islam sejak setahun dua ini telah mengiktiraf entiti (negara) Israel.

Akan tetapi, apakah yang mereka dapat nikmati kecuali penghinaan demi penghinaan?

Dalam keghairahan mereka untuk mencari kesepakatan dengan sebuah entiti yang terang-terangan ingin menguasai Baitulmaqdis, negara yang menjadi rebutan pengiktirafan ini telah meng”hadiah”kan negara-negara penjilat itu dengan siri-siri kezaliman, kekejaman, pembantaian, pencabulan, penangkapan, pembunuhan dan pemenjaraan umat Islam Palestin!

Inilah hasil segera dari apa yang dikenali sebagai normalisasi. Umat Islam sama sekali tidak akan melupai pengkhianatan terbesar ini.

Apa sahaja pertimbangan di sebalik pengiktirafan dan normalisasi ini – politik, ekonomi atau dasar-dasar pemerintah – tidak akan diterima oleh umat Islam yang jujur kepada agamanya di negara-negara tersebut.

Bagaimanapun, tindakan beberapa negara Arab ini bukanlah sesuatu yang memeranjatkan. Ini adalah kesan tidak langsung daripada beberapa episod kekalahan yang memalukan ekoran siri peperangan dengan entiti haram Israel sejak tahun 1948 lagi.

Sultan Abdul Hamid II yang memegang jawatan sebagai Khalifah Uthmaniah Turki adalah satu-satunya pemimpin Islam yang berani mengatakan TIDAK! Kepada keangkuhan dan agenda tersembunyi Zionis.

Atas sebab itu jugalah beliau disingkirkan dari jawatan Khalifah Uthmaniah oleh tangan-tangan Zionis, pihak yang akhirnya mendapat apa yang dirancang mereka selama 50 tahun.

Jatuhnya Khilafah Uthmaniah ini merupakan titik tolak kepada perpecahan dunia Islam dan penjarahan terhadap sumber aslinya, kerosakan akhlak umatnya dan penghinaan kepada pemimpin-pemimpin Arab yang mula membunyikan semboyan asobiyah tercela untuk “merdeka” dan memisahkan diri dari Kapal Induk (Khilafah) yang melindungi mereka selama ini.

Rujukan tambahan mengenai normalisasi hubungan dengan Israel:

https://www.facebook.com/mohd.luttfi/posts/3736062006417782
https://www.facebook.com/mohd.luttfi/posts/3713512212006095
https://dunia.tempo.co/…/kaleidoskop-2020…/full&view=ok
https://www.mynewshub.tv/…/akibat-buruk-jika-berlaku…/
https://harakahdaily.net/…/apa-tujuan-sebenar…/

3. Kedudukan Murabitun sebagai barisan hadapan

Murabitun? Apa dan siapa Murabitun itu?

Asal perkataan Murabitun adalah dari kalimat Ribath.

Berikut adalah beberapa petikan dari Hadith mengenai Ribath ini. Insyaallah selepas membacanya, mudah-mudahan para pembaca akan lebih memahami:

Telah bercerita kepada kami ‘Abdullah bin Munir dia mendengar Abu An-Nadhar telah bercerita kepada kami ‘Abdur Rahman bin ‘Abdullah bin Dinar dari Abu Hazim dari Sahal bin Sa’ad As-Sa’idiy radliallahu ‘anhu bahawa Rasulullah S’AW bersabda:

“Ribath (bersiap siaga) satu hari di jalan Allah lebih baik dari dunia dan apa saja yang ada diatasnya dan tempat cambuk seorang dari kalian di surga lebih baik dari pada dunia dan apa saja yang ada diatasnya dan berangkat pada awal hari (pagi) atau berangkat pada akhir hari (siang) untuk berperang di jalan Allah lebih baik dari pada dunia dan apa saja yang ada diatasnya,” (Hadis Riwayat Bukhari: 2678 – Keutamaan Ribath di jalan Allah)

Berjuang di jalan Allah SWT adalah salah satu sebab diselamatkan dari seksa kubur, iaitu selalu tetap di jalan Allah. Kata (الـرِّبَـاط) diambil dari ungkapan (رَبْطُ الْخَيْـل) yang maknanya adalah mengikat kuda.

Kemudian kata tersebut digunakan bagi orang yang selalu berjaga di perbatasan daerah kaum muslimin, tegasnya orang yang melakukannya dinamakan (مُرَابِط), baik dia seorang penunggang kuda atau dengan berjalan.

Oleh karena itu, mati dalam keadaan berjuang di jalan Allah seperti itu merupakan salah satu sebab keselamatan dari seksa kubur.

Ada beberapa hadis yang mengungkapkan hal tersebut, di antaranya:

Hadis Salman al-Farisi Radhiyallahu anhu, beliau berkata, “Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:

رِبَـاطُ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ خَيْرٌ مِنْ صِيَامِ شَهْرٍ وَقِيَامِهِ وَإِنْ مَاتَ جَرَى عَلَيْهِ عَمَلُهُ الَّذِي كَانَ يَعْمَلُهُ وَأُجْرِيَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ وَأَمِنَ الْفَتَّانَ.

“Berjuang sehari semalam lebih baik daripada puasa selama sebulan beserta shalatnya. Jika dia mati, maka pahala amal yang telah ia lakukan akan tetap mengalir, rizkinya pun akan tetap berlangsung dan akan dijaga dari fitnah kubur,”

Hadis Fadhalah bin ‘Ubaid Radhiyallahu anhu, dari Nabi ﷺ, beliau bersabda:

كُلُّ مَيِّتٍ يُخْتَمُ عَلَـى عَمَلِهِ إِلاَّ الَّذِي مَاتَ مُرَابِطًا فِيْ سَبِيلِ اللهِ فَإِنَّهُ يُنْمَـى لَهُ عَمَلُهُ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَيَأْمَنُ مِنْ فِتْنَةِ الْقَبْرِ.

“Setiap mayat ditutup amalnya kecuali seseorang yang mati dalam keadaan berjuang di jalan Allah, kerana amalnya akan berkembang sampai hari kiamat dan dia akan aman dari fitnah kubur,”

Hadit Abi Hurairah Radhiyallahu anhu, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda:

مَنْ مَاتَ مُرَابِطًا فِي سَبِيلِ اللهِ أَجْرَى اللهُ عَلَيْهِ عَمَلَهُ الصَّالِحَ الَّذِي كَانَ يَعْمَلُ وَأَجْرَى عَلَيْهِ رِزْقَهُ وَأَمِنَ مِنَ الْفَتَّانِ وَبَعَثَهُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَـامَةِ آمِنًا مِنَ الْفَزَعِ.

“Siapa sahaja yang mati dalam keadaan berjuang di jalan Allah, maka Allah akan memberikan ganjaran seperti ganjaran amal soleh yang terdahulu dia lakukan, dilimpahkan kepadanya rezeki, aman dari fitnah kubur, dan Allah akan membangkit-kannya dalam keadaan aman dari rasa takut di dalam kubur,”

Hadis Abu Umamah Radhiyallahu anhu, beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda:

مَنْ مَاتَ مُرَابِطاً فِي سَبِيْلِ اللهِ، أَمَّنَ اللهُ مِنْ فِتْنَةِ الْقَبْرِ.

“Siapa sahaja yang meninggal ketika berjuang di jalan Allah, maka Allah akan memberikan rasa aman dari fitnah kubur,”

Keutamaan Ribath

أَخْبَرَنَا عَمْرُو بْنُ مَنْصُورٍ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ قَالَ حَدَّثَنِي أَيُّوبُ بْنُ مُوسَى عَنْ مَكْحُولٍ عَنْ شُرَحْبِيلَ بْنِ السِّمْطِ عَنْ سَلْمَانَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ رَابَطَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَوْمًا وَلَيْلَةً كَانَتْ لَهُ كَصِيَامِ شَهْرٍ وَقِيَامِهِ فَإِنْ مَاتَ جَرَى عَلَيْهِ عَمَلُهُ الَّذِي كَانَ يَعْمَلُ وَأَمِنَ الْفَتَّانَ وَأُجْرِيَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ

Telah mengkhabarkan kepada kami ‘Amr bin Manshur, ia berkata; telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Yusuf, ia berkata; telah menceritakan kepada kami Al Laits, ia berkata; telah menceritakan kepadaku Ayyub bin Musa dari Makhul dari Syurahbil bin As Simth dari Salman, ia berkata; saya pernah mendengar Rasulullah ﷺ berfirman:

“Barang siapa yang berjaga di jalan Allah sehari semalam maka baginya seperti puasa dan shalat satu bulan, dan jika ia meninggal maka amalnya yang telah ia lakukan mengalir pahalanya kepadanya dan ia aman dari pemberi fitnah, dan diberi rezeki,”
(Hadis Sunan An-Nasa’i No. 3117 – Kitab Jihad)

Keutamaan Ribath di jalan Allah

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ إِسْمَعِيلَ بْنِ سَمُرَةَ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَعْلَى السُّلَمِيُّ حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ صُبْحٍ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ مَكْحُولٍ عَنْ أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَرِبَاطُ يَوْمٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ مِنْ وَرَاءِ عَوْرَةِ الْمُسْلِمِينَ مُحْتَسِبًا مِنْ غَيْرِ شَهْرِ رَمَضَانَ أَعْظَمُ أَجْرًا مِنْ عِبَادَةِ مِائَةِ سَنَةٍ صِيَامِهَا وَقِيَامِهَا وَرِبَاطُ يَوْمٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ مِنْ وَرَاءِ عَوْرَةِ الْمُسْلِمِينَ مُحْتَسِبًا مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ أَفْضَلُ عِنْدَ اللَّهِ وَأَعْظَمُ أَجْرًا أُرَاهُ قَالَ مِنْ عِبَادَةِ أَلْفِ سَنَةٍ صِيَامِهَا وَقِيَامِهَا فَإِنْ رَدَّهُ اللَّهُ إِلَى أَهْلِهِ سَالِمًا لَمْ تُكْتَبْ عَلَيْهِ سَيِّئَةٌ أَلْفَ سَنَةٍ وَتُكْتَبُ لَهُ الْحَسَنَاتُ وَيُجْرَى لَهُ أَجْرُ الرِّبَاطِ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Isma’il bin Samurah; telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ya’la bin As Sulami; telah menceritakan kepada kami Umar bin Shubh dari Abdurrahman bin Amru dari Makhul dari Ubay bin Ka’b ia berkata; Rasulullah ﷺ bersabda:

“Sungguh ribath (menjaga perbatasan) satu hari di jalan Allah dari perbatasan kaum muslimin karena semata-mata mengharap ridla dari Allah, bukan pada bulan Ramadan, maka pahalanya lebih besar ketimbang ibadah selama seratus tahun, baik puasanya maupun qiyamul lailnya. Dan ribath sehari di jalan Allah pada perbatasan kaum muslimin karena semata-mata mengharap ridla dari Allah pada bulan Ramadlan itu lebih utama di sisi Allah dan lebih besar pahalanya,”

Aku melihat beliau bersabda: “Dari ibadah selama seribu tahun, baik puasanya maupun shalat malamnya, jika Allah mengembalikannya kepada keluarganya dalam keadaan selamat, tidak akan ditulis kejelekannya selama seribu tahun dan akan ditulis kebaikannya dan dialirkan pahala ribathnya sampai hari kiamat,”

(Hadis Sunan Ibnu Majah No. 2758 – Kitab Jihad)

Dari kesemua hadis yang saya kongsikan di atas, maka jelaslah bahawa Ribath ini sangat tinggi nilainya di sisi Allah. Lebih-lebih lagi apabila dilakukan dalam bulan Ramadan yang penuh berkah ini, menghadapi pihak musuh yang lengkap bersenjata, di tempat yang sangat suci lagi diberkatidalam keadaan sedang berpuasa lagi!

Kita dapat merasai serba sedikit gambaran para Murabitun dan Murabitat di bumi Palestin dan Masjid Al Aqsa hari ini, sebagaimana yang dirakamkan dalam beberapa pautan berikut:

Murabiteen: Barisan Hadapan Pertahanan Masjid al-Aqsa
http://www.aqsapedia.net/my/3023

Khadija Ahmed Khowis, salah seorang “murabitat” yang terkenal di Masjid al-Aqsa.
http://www.aqsapedia.net/my/3035

Al-Murabita Shaheen: Ribat di al-Aqsa dalam Keperitan Penyakit dan Penjajahan
http://www.aqsapedia.net/my/4237

Hilwani: Wanita Pertama diusir dari Masjid al-Aqsa
http://www.aqsapedia.net/my/3039

Al-Murabita al-Natsheh Dakwaan: Melaungkan Kebesaran Allah
http://www.aqsapedia.net/my/4229

Sheikh Raed Salah: Sheikh Al-Aqsa yang juga Pengawalnya
http://www.aqsapedia.net/my/3029
https://minanews.net/perjuangan-murabitat-dalam-menjaga…/
https://www.aljazeera.com/…/who-are-the-mourabitoun-of…

Pautan hadis-hadis Ribath

https://islamqa.info/…/hadits-tentang-keutamaan-ribath…

https://almanhaj.or.id/1908-ar-ribath-berjuang-di-jalan…

https://www.hadits.id/keutamaan-ribath-di-jalan-allah…

https://www.hadits.id/keutamaan-ribath—.B1oWiEtHCfFf

4. Membangkitkan keprihatinan umat terhadap isu Palestin

Umat Islam hari ini tidak mempunyai sebarang alasan lagi untuk membutakan mata dan memekakkan telinga serta berpangku tangan setelah menyaksikan ketabahan dan istiqamah rakyat Palestin menentang kebiadapan pengganas-pengganas Zionis.

Kesabaran mereka di dalam Ribath, kesediaan mereka untuk menghantar seorang demi seorang anggota keluarga mereka ke garis hadapan dan redha serta tawakkal setelah menerima berita syahidnya buah hati mereka atau tertangkapnya ahli keluarga mereka tersayang sesudah itu.

Di tengah-tengah kemeriahan umat Islam negara kita meraikan suasana Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba beberapa hari lagi, saudara-saudari kita terpaksa berhadapan dengan ancaman virus COVID-19 serentak dengan menghadapi serangan-serangan virus penjajahan, pembunuhan, kekejaman, penangkapan, pemboikotan, pengusiran dan kezaliman.

Mereka adalah wajah-wajah Ribath sebenarnya, kumpulan terpilih yang sentiasa diuji.

Namun, semua yang berlaku ke atas mereka sedikitpun tidak mengubah atau menjejaskan keteguhan mereka berpegang pada prinsip, tidak menggoyahkan keimanan dan menjadikan mereka lalai atau cuai terhadap tanggungjawab.

Justeru itu, bagaimanakah seharusnya kita bersikap terhadap pengorbanan dan perjuangan mereka?

Solusinya ialah mudah – dengan membantu mereka!

Bantuan boleh diberikan dengan pelbagai cara – dari setulus-tulus doa hinggalah kepada memberi setinggi-tinggi infaq kepada perjuangan ini.

Saya pernah terbaca tentang kisah seorang wanita Islam berasal dari Johor yang menginfakkan rantai emas hasil pembelian dari gaji pertamanya kepada Aman Palestin, sebuah organisasi yang berwibawa dan tersohor dalam khidmat bakti kepada perjuangan rakyat Palestin.

Saya sangat yakin bahawa rakyat Malaysia khususnya umat Islam sangat peduli tentang isu Palestin.

Dan saya pernah mendengar tentang kisah-kisah menakjubkan mengenai sumbangan-sumbangan yang datang dalam berbagai-bagai bentuk, dari pelbagai lapisan masyarakat, dari si kecil yang memecahkan tabung kesayangannya kepada tokoh-tokoh korporat yang enggan disebut nama mereka, dari para wanita yang mengalirkan airmata ketika mendengar kisah penderitaan dan pengorbanan rakyat Palestin, dari pelajar-pelajar sekolah hingga ke kakitangan kerajaan …pendekata ini melambangkan kepedulian yang sangat tinggi.

Nama Malaysia sangat harum di kalangan rakyat Palestin. Ikatan akidah yang dikongsi bersama menjadikan hubungan ini lebih istimewa.

Di sebalik semua ini, kita perlu sentiasa mengingatkan diri kita bahawa bantuan terhadap perjuangan mereka tidak boleh berhenti.

Sekiranya perjuangan mereka akan memakan masa hingga hari kiamat, maka sehingga hari kiamatlah kita perlu konsisten bersama perjuangan mereka.

Untuk itu, sentimen dan kepedulian ini perlu diwariskan kepada generasi sesudah kita, supaya kita tidak kehilangan alasan apabila ditanya oleh Allah di akhirat nanti.

Sebagai kesimpulan, jadikanlah kisah pembersihan etnik yang sedang berlaku di Sheikh Jarrah dan Intifada Ramadan di Masjid Al Aqsa hari ini sebagai pemangkin Ribath dan Infaq kita untuk turut membebaskan Baitulmaqdis.

Allahu Akbar Wa Lillahil Hamd!

Mohd Luttfi Abdul Khalid
Penasihat Aman Palestin Kedah
Peserta Misi Solidariti Gaza 2012
10 Mei 2021
#SolidarityIntifadhahAqsa
#WeAreAllShaikhJarrah
#YouShallNotWalkAlone
#PalestineLivesMatterToo

Bacaan tambahan:

Perang Arab-Israel 1948
https://ms.wikipedia.org/…/Perang_Arab%E2%80%93Israel_1948
https://aceh.tribunnews.com/…/kisah-perang-arab-israel…
http://p2k.stiehidayatullah.ac.id/…/Perang-Arab-Israel…
https://rmol.id/…/perang-arab-israel-pecah-sehari…
https://voi.id/…/singkat-dan-berdarah-darah-perang-enam…
https://www.aljazeera.com/…/12/9/the-arab-israeli-wars
https://en.wikipedia.org/wiki/Holy_Basin

Bacaan tambahan mengenai normalisasi hubungan dengan Israel:
https://www.facebook.com/mohd.luttfi/posts/3736062006417782
https://www.facebook.com/mohd.luttfi/posts/3713512212006095
https://dunia.tempo.co/…/kaleidoskop-2020…/full&view=ok
https://www.mynewshub.tv/…/akibat-buruk-jika-berlaku…/
https://harakahdaily.net/…/apa-tujuan-sebenar…/

Bahan-bahan rujukan:
https://www.middleeasteye.net/…/israel-palestine-sheikh…
https://www.middleeasteye.net/…/israel-palestine-east…
https://www.middleeasteye.net/…/israel-palestine-sheikh…
https://www.middleeasteye.net/…/israel-palestine-sheikh…
https://english.alaraby.co.uk/…/sheikh-jarrah-and-the…
https://www.middleeasteye.net/…/israel-palestine-save…
https://www.middleeasteye.net/…/israel-palestine-save…
https://twitter.com/MuhammadSmiry/status/1390705120611119110
https://www.middleeasteye.net/…/israel-palestine-sheikh…
https://www.aljazeera.com/…/palestinians-arrested-at…
https://www.transcend.org/…/why-are-palestinians-being…/
https://www.reddit.com/…/whats_happening_in_sheikh_jarrah/
https://www.facebook.com/QudsNen/posts/3831851260268761
https://www.middleeastmonitor.com/20210505-hamas-scenes…/
https://wixroom.com/palestinians-criticise-social-media…/
https://www.middleeasteye.net/…/israel-palestine-sheikh…
https://www.youtube.com/watch?v=Jp5wEdBBCfc
https://www.youtube.com/watch?v=Ac3YqXsc9Kw
https://www.youtube.com/watch?v=ZH3wGNiuxIc

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button