Berita Utama

Selepas dikritik, RTM mohon maaf gelar Hamas militan

Akui khilaf guna istilah dalam laporan berita semalam

BANGI, 30 Ramadan 1442H, Rabu – Radio Televisyen Malaysia (RTM) membuat permohonan maaf susulan penyiaran laporan Berita Mandarin semalam (11 Mei), yang menggelar Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) sebagai militan.

Menerusi ciapan balas di laman Twitter kepada Ismaweb.net, RTM mengakui akan kekhilafan pihaknya dalam memberi gelaran itu.

“Pihak Berita Mandarin RTM telah membuat permohonan maaf atas kekhilafan penggunaan istilah untuk pejuang Hamas dalam laporan berita semalam,” katanya.

Terdahulu, berita Mandarin yang disiarkan RTM menyatakan, “Kumpulan militan Hamas di Gaza telah melancarkan beberapa roket ke arah Jerusalem dan selatan Israel.

“Menyebabkan tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas kubu kuat Hamas di utara Gaza,” kata pembaca berita.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, militan bermaksud sedia untuk berjuang dan berperang.

Bagi istilah kedua, militan bermaksud cenderung menggunakan keganasan, kekerasan, atau tekanan kuat untuk mencapai sesuatu tujuan: pelajar.

PAUTAN BERKAITAN: https://ismaweb.net/2021/05/12/berita-mandarin-rtm-gelar-hamas-militan/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button