Aidilfitri: Guna media untuk dominasi dan martabatkan agenda ummah
Sebarkan maklumat isu Palestin, kelestarian bangsa Melayu dan Islam

ALHAMDULILLAH dengan kesempatan yang diberikan Allah SWT kepada kita untuk beramal di bulan Ramadan
Sama-sama kita doakan agar tarbiah Ramadan selama sebulan yang kita lalui menyuburkan ketakwaan dan kehambaan kita kpd Allah SWT. Semoga menjadi tolakan kepada kita untuk berubah ke arah kebaikan dan kesempurnaan insan.
Saya berharap dalam kita menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat gelombang ketiga COVID-19 ini, kita sentiasa mengamalkan SOP yang ditetapkan KKM demi maslahat keluarga, masyarakat dan negara.
Doakan saudara-saudara seakidah kita yang menghadapi kesulitan dan kezaliman Yahudi Zionis di Palestin dan musuh-musuh Islam di semua tempat agar mereka tabah, sabar, dan teguh iman dalam meneruskan perjuangan meninggikan kalimah Allah dan mengembalikan maruah umat Islam.
Saya juga menyeru supaya pengguna media sosial yang budiman menggunakan pelbagai platform yang sedia ada untuk menyebarkan maklumat mengenai isu Palestin, agenda ummah, kelestarian bangsa Melayu dan kepentingan negara amnya.
Selepas itu, ‘like’, komen dan share ramai-ramai agar musuh Islam berasa gentar dengan kesepakatan dan kesepaduan umat Islam di seluruh dunia.
Media adalah alat paling berkuasa yang mudah didapati dan dengan sentuhan jari sahaja boleh mempengaruhi dan mengawal minda dan fikiran orang ramai. Alat ini yang perlu umat Islam kuasai, cipta platform baru dan dominasi demi kepentingan ummah.
Akhir kalam, moga kita bertemu lagi pada Ramadan akan datang dan moga Allah ampunkan segala dosa-dosa dan kesalahan kita
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir dan batin
Taqabbalallahu minna wa minkum
Moga kita beroleh kebaikan sepanjang tahun
Dr Norzila Baharin
Pengerusi & Ahli Lembaga Pengarah Media Isma Sdn Bhd