Berita Utama

Hina raja: Ada ‘tangan’ di belakang biayai Ronnie Liu?

ISMA desak pemimpin DAP itu disiasat bawah Akta Hasutan

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 5 Rabiulawal 1442H, Khamis – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mempersoalkan apakah wujud tangan-tangan yang telah mendorong pemimpin parti rasis dan cauvinis, DAP, Ronnie Liu memuat naik gambar berbentuk provokatif terhadap sistem monarki di Thailand, baru-baru ini.

Tindakan yang disifatkan sebagai licik itu dipercayai mampu mencetuskan kebencian rakyat terhadap institusi diraja di negara ini.

Sehubungan itu, Presiden ISMA, Haji Aminuddin Yahaya mendesak, Ronnie dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan.

Malah, beliau turut berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap perbuatan yang boleh memberi kesan buruk kepada keamanan negara itu.

“Adakah mungkin ada ‘tangan’ di belakangnya yang menghasut dan membiayai Ronnie untuk membuat kempen halus dan licik seperti ini?

“Atau adakah ini adalah strategi DAP untuk menghapuskan institusi diraja di Malaysia?,” soalnya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Terdahulu, Ronnie memuat naik satu hantaran Facebook mengenai keadaan di Thailand yang mengadakan demontrasi terhadap rajanya – yang seolah-olah menghasut rakyat untuk turut berbuat demikian.

“Sekarang di Bangkok. Mereka (rakyat Thailand) mengatakan tidak kepada raja,” menurut hantaran Ronnie yang turut memaparkan tiga keping gambar demontrasi di negara jiran itu.

Bagaimanapun, hantaran berkenaan telah dipadamkan oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP berkenaan, namun sempat ditangkap layar netizen dan menularkan hantaran berkenaan di media sosial.

Susulan itu, satu laporan polis juga telah dibuat Pemuda ISMA di Balai Polis Bandar Baru Bangi, semalam.

Selain Pemuda ISMA, laporan polis sama turut dibuat Armada Malaiyu Malaysia – NGO di bawah Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) – di Balai Polis Dang Wangi pada Selasa lalu.

Mengecam tindakan Ronnie itu, Aminuddin menggesa pihak berkuasa supaya segera menyiasat pemimpin DAP berkenaan, meskipun hantaran itu telah pun dipadamkan.

“Laporan dah dibuat dan kita minta tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa ke atas beliau (Ronnie),” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button