Kita raya dengan gembira, Palestin raya darah di muka
Jangan lupa saudara seakidah kita, mereka tersekat dengan bom di sana sini

APA perasaan kita?
Sempena Aidilfitri kali ini, saya dan juga barisan kepimpinan BERJASA mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.
Apa pun keadaan kita, marilah kita bersyukur ke hadrat Allah kerana telah berjaya melaksanakan ibadah puasa Ramadan dan menghidupkan Ramadan dengan ubudiah kita kepada Allah.
Jangan kita lupa saudara seakidah kita di Palestin yang kini sedang menggadaikan nyawa mereka demi maruah ummah Islam seluruhnya. Masjid Al-Aqsa bukan masjid rakyat Palestin, tapi masjid kita semua seluruh dunia.
Kita hari ini mungkin tersekat dengan sekatan rentas daerah dan negeri, mereka tersekat dengan bom di sana sini.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN
Ustaz Hj Zamani Ibrahim
Presiden BERJASA