Berita UtamaDunia

Korban darah di Gaza kini 72 orang

338 cedera akibat serangan berterusan pengganas Israel

GAZA, 1 Syawal 1442H, Khamis – Serangan terbaru negara pengganas Israel ke atas Gaza mengorbankan tiga lagi rakyat Palestin.

Perkara itu disahkan Kementerian Kesihatan Palestin hari ini menjadikan angka kematian akibat serangan berterusan rejim penjajah Israel terhadap Semenanjung Gaza meningkat kepada 72 orang.

Anadolu Agency melaporkan, mangsa yang terkorban termasuk 17 kanak-kanak dan enam wanita.

Dalam serangan berterusan itu juga dilaporkan seramai 338 yang lain cedera.

Ketegangan meningkat sejak mahkamah Israel minggu lalu memerintahkan pengusiran keluarga Palestin dari kejiranan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis Timur.

Israel menduduki Baitulmadis Timur selepas perang Arab-Israel 1967 dan menjarah seluruh bandar pada tahun 1980, dalam gerakan yang tidak pernah diakui oleh komuniti antarabangsa. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button