Berita UtamaDunia

Meski berdepan serangan Zionis, 100,000 penduduk Palestin tetap tunai solat Aidilfitri

Himpunan bantahan tanda solidariti ke atas warga di Sheikh Jarrah

BAITULMAQDIS, 1 Syawal 1442H, Khamis – Ratusan ribu umat Islam Palestin menunaikan solat Sunat Hari Raya Aidilfitri di perkarangan Masjid Al-Aqsa hari ini.

Meskipun berdepan serangan dari penjajah Israel, imej dan video menunjukkan kira-kira 100,000 jemaah berkumpul di tempat suci ketiga umat Islam untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Sebelum ini, perkarangan Masjid Al-Aqsa menyaksikan keganasan yang dicetuskan rejim Israel ke atas jemaah Palestin yang mencederakan ratusan orang.

Keadaan semakin tegang selepas pengusiran Israel terhadap warga Palestin dari sebuah daerah di Baitulmaqdis Timur – yang mana negara pengganas itu melihat sebagai sebahagian ibu kota abadi namun dianggap diduduki oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Minggu lalu, mahkamah Israel memerintahkan pengusiran keluarga Palestin.

Rakyat Palestin yang mengadakan bantahan sebagai tanda solidariti ke atas penduduk di Sheikh Jarrah bagaimanapun menjadi sasaran serangan ganas Israel. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button